Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
kuman di gim

Peralatan Gim Ini Ada Lebih Banyak Kuman Berbanding Toilet Seat

Bukannya kami nak halang kamu pergi ke gim, tapi jika kamu mencari alasan untuk gantikan treadmill dengan sesi berjalan di taman… well, we’ve found one.

kuman di gim

Walaupun bersenam baik untuk kesihatan dan kecergasan secara am, peralatan yang kamu gunakan biasanya mempunyai lebih 362 kuman berbanding tandas. Memeranjatkan!

Fakta ini ditemui selepas Fitrated.com meminta EmLab P&K meletakkan kira-kira 30 peralatan gim di tiga lokasi bersenam.

Apa yang mereka temui adalah: Treadmill mempunyai 74 kali lebih bakteria berbanding  water faucet awam, exercise bike mempunyai 39 kali lebih bakteria berbanding tray plastik di kafe, dan ini penemuan terbesar – free weights mempunyai 362 lebih bakteria berbanding tempat duduk tandas!

Bukan itu saja, kebanyakan pengguna gim juga mengelap peralatan sebelum dan selepas menggunakannya, bermakna mereka menyebarkan bakteria dengan tangan yang berpeluh dan kotor.

Apa yang boleh kamu buat? Sebagai permulaan, elak menyentuh wajah ketika bersenam sehinggalah kamu cuci tangan, dan tanggalkan pakaian senaman sebaik saja kamu tiba di rumah sebelum duduk di sofa.

Dan pastinya salah satu cara utama untuk elakkan bakteria yang boleh membuatkan kamu jatuh sakit adalah mandi. Tapi percaya atau tidak, ramai yang tidak mandi selepas bersenam. Pakar bilik mandi, Showerstoyou.co.uk menjalankan satu tinjauan terhadap 1,000 pengguna gim dan mendapati sebanyak 73 peratus tidak terus mandi selepas bersenam, manakala 18% mengaku mereka langsung tak kisah. Niiice.

So do the right thing dan jangan lupa bersihkan diri selepas bersenam, okey?

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Zara Kenyon & Catriona Harvey-Jenner (cosmopolitan.co.uk)

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor