Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Penyelesaian Mudah Kepada Empat Masalah Kulit Yang Biasa Wanita Alami

Tak kiralah kamu tutup atau tayang, pasti ada sesuatu tentang tubuhmu yang ingin kamu perbaiki. Ini penyelesaiannya.

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kepucatan

Wajah cantik bersolek dengan pipi merah dan siap shading bagai, tetapi bila tengok bawah kakimu pucat lesi. Kerana kamu memang jenis pucat atau puteri lilin, kulit yang pucat buat kamu dianggap lemah dan tak sporty.

Penyelesaian: Cosmo takkan suruh kamu berjemur di tengah panas sampai bertukar warna. Sama konsepnya seperti kamu menambah warna pada wajah, kamu juga boleh tipu sedikit dengan kakimu. Tanners atau bronzers dan jenis yang sama memang banyak di pasaran sekarang. Ada kalanya bila kulitmu kering ia nampak tak lively, jadi cuba lurutkan minyak tubuh atau losen yang ada sedikit shimmer untuk memberi ‘nyawa’ pada kaki yang pucat.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor