Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Penyelesaian Mudah Kepada Empat Masalah Kulit Yang Biasa Wanita Alami

Tak kiralah kamu tutup atau tayang, pasti ada sesuatu tentang tubuhmu yang ingin kamu perbaiki. Ini penyelesaiannya.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selulit

Tak kiralah kamu gempal atau kurus, selulit boleh terjadi terutamanya pada paha dan punggung kerana serat semula jadi yang menghubungkan lemak di bawah kulit. Ia menarik turun sel-sel lemak lantas membuatkan permukaan kulitmu berlesung yang langsung tak comel macam lesung pipit!

Penyelesaian: Untuk jangka panjang, senaman yang boleh mencantikkan bentuk badan seperti pilates dan bodytone boleh membantu. Tetapi sambil-sambil itu, krim perawatan yang mengandungi kafein menjadikan penampilan kulitmu lebih toned kerana bahan kandungannya menyingkir lebihan cecair.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor