Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Penyelesaian Mudah Kepada Empat Masalah Kulit Yang Biasa Wanita Alami

Tak kiralah kamu tutup atau tayang, pasti ada sesuatu tentang tubuhmu yang ingin kamu perbaiki. Ini penyelesaiannya.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jerawat di dada dan belakang

Bila kamu berpeluh sampai lencun lepas bersenam atau berjemur, ia boleh menyumbat duktus peluh dan menyebabkan jerawat. Kalau kamu lihat ruam-ruam merah, ia mungkin disebabkan oleh pakaian ketat yang kamu pakai semasa bersenam.

Penyelesaian: Jerawat atau ruam boleh dirawat dengan kaedah yang sama. Bila mandi, guna pembersih yang ada asid salisilik untuk meleraikan minyak dan kawal rengsa. Ikuti dengan losen atau krim yang mengandungi asid salisilik atau benzoyl peroxide sekali atau dua kali sehari sampailah masalah selesai. Sementara itu, kalau ada jerawat yang besar dan terpampang minta perhatian, tutupkan saja dengan penyamar.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor