Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Penyelamat Kulit Kering

Enam cara ini akan membantu mengelakkan kulit kering, berdebu dan lebih teruk, sampai mengelupas!

 

1.Gunakan krim atau losen tubuh setiap hari pagi dan malam. Jika perlu, reapply setiap beberapa jam. Tak suka yang pekat dan melekit tapi mahukan yang benar-benar mampu melembapkan kulit? Melvita L’Argan Bio Velvety Body Milk, RM98, bertekstur tidak pekat tidak juga cair, menggabungkan minyak argan serta ekstrak daun argan untuk melembutkan dan melindungi kulit. Minyak argan yang digunakan adalah dari empulurnya dari perahan pertama. Kulitmu takkan terasa ketat dan kelihatan berdebu!

2. Elak mandi air hangat dan sabun yang mengeringkan. Memanglah mandi air hangat tu buat kamu rasa selesa dan relaks (terutamanya di pagi yang sejuk) namun suhu air yang tinggi mampu mengeringkan kulit. Ditambah pula dengan sabun yang mengeringkan, bila kamu habis mandi terus rasa kejung satu badan! Agar kulit tidak ternyahhidrat mandi air biasa dan gunakan sabun atau pembersih yang kaya lembapan.

3. Lurut dengan minyak. Yang ini kami cadangkan kamu buat sebelum nak tidur. Belai dan urut kulit dengan minyak, lagi bagus kalau selepas kamu mandi agar ia lebih cepat meresap.

4. Jangan garu! Kulit yang kering akan terasa gatal dan jika digaru akan buat ia lebih berdebu! Jadi bila rasa gatal saja, cepat-cepat sapu krim. Tak percaya, cubalah!

5. Sental seminggu sekali. Lapisan kulit mati itu tiada fungsi lain selain buat kulit nampak kusam. Jadi kamu perlu sental untuk tanggalkannya. Guna loofah atau span. Tapi kami lebih suka shower scrubs seperti Melvita L’Argan Bio Melting Body Scrub, RM115. Diperkaya dengan minyak argan, ia seolah cair pada kulit seperti madu! Di dalamnya ada kulit kacang argan yang halus untuk menyental lembut bila kamu urut pada kulit.

6. Air, Air, Air. Kekalkan penghidratan kulit dan tubuh dengan minum air secukupnya.

Foto: Nick Onken/Melvita

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru