Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Penyebab Jerawat Di Kalangan Wanita Dewasa Dan Cara Tanganinya

Jom fahami apa itu jerawat untuk wanita dewasa, rawatnya dan pulihkan kerosakan yang telah dilakukannya terhadap kulit kamu.

Di UK, sebanyak 60 peratus wanita dewasa (ya wanita dewasa, bukan remaja) mengalami masalah bintik, kemerahan, bintik hitam dan jerawat. Berbanding lelaki, wanita mempunyai empat kali ganda risiko untuk mengalami jerawat. Apa penyebabnya?

Punca jerawat di kalangan wanita dewasa termasuk naik turun hormon (haid dan kehamilan boleh menjadi penyumbang utama) dan berhenti mengambil pil perancang yang selama ini membantu kulitmu tampil mulus. Stress juga faktor penyumbang tetapi antara faktor yang kita selalu terlepas pandang adalah kesan dan cara penggunaan produk pada wajah. Betul tak?

Ya, terlebih membersih, terlebih, memakai bedak asas terlalu lama dan sebagainya boleh mengganggu keseimbangan kulit, menyebabkan jerawat. Ahli dermatologi kosmetik, Dr Samantha Bunting berkata, “setiap jerawat yang muncul datangnya daripada pori yang tersumbat, jadi kita perlu sasarkan masalah ini untuk mengelakkan jerawat.”

 

Ini antara langkah yang disarankannya untuk mebantutkan dan menangani masalah jerawat:

1) Elak gunakan produk atau rutin kecantikan yang boleh menyumbang kepada masalah ini. Sebaiknya pilih rangkaian penjagaan kulit dan solekan yang mempunyai label non-comedogenic.

2) Rajin-rajinkan diri untuk guna produk yang mampu menghalang masalah liang pori tersumbat.

3) Sentiasa bawa spot treatment ke mana-mana untuk terus rawat kemerahan dan radang kulit yang tiba-tiba muncul – kuncinya adalah produk yang mengandungi asid salisilik dan benzoyl peroxide.

4) Jangan merokok atau sunbathe – kedua-dua ini boleh menggalakkan penyumbatan liang pori. Dan pendedahan berlebihan terhadap matahari boleh menjadikan kesan jerawat lebih teruk.

5) Kurangankan pengambilan refined carbs dan produk tenusu dalam diet kamu dan lebihkan pengambilan zinc.

6) Jangan picit jerawat! Ini bukanlah penyelesaian yang tepat.

 

Foto: Shutterstock.com.Artikel asal: Bridget March (cosmopolitan.com.uk)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor