Penjagaan Lengkap Untuk Kulit Sensitif - Page 3 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Penjagaan Lengkap Untuk Kulit Sensitif

Kita mungkin rasa betapa rumitnya untuk menjaga kulit sensitif, kerana itu kita perlukan penyelesaian yang memudahkan daripada pakar.

Pakai itu tak boleh, pakai ini naik ruam, salah pakai naik berbiji kulit! Tolong! Tak mahu! Jangan merengsa, kamu masih ada harapan dengan penjagaan serta produk yang betul.

Kamu mungkin pernah terlihat perkataan 'cica' pada produk-produk penjagaan kulit. Ia adalah rumusan yang membekalkan kelegaan segera dan juga berpanjangan kepada kulit yang merengsa sementara membantu merawat kerosakan kulit dari dalam. Jenama Korea kegemaranmu, THE FACE SHOP juga menawarkan penjagaan cica yang lengkap dengan Dr. Belmeur Advanced Cica.

Dihasilkan daripada kajian menyeluruh tentang cara untuk merawat kulit rosak dan sangat sensitif, Dr. Belmeur Advanced Cica menawarkan rangkaian produk premium untuk kamu yang berkulit sensitif. Teknologi unik Skin Sync Rx™ yang mengandungi trio ceramide, panthenol dan ekstrak centella asiatica adalah kunci kemujaraban rangkaian ini untuk melembap, melegakan dan menguatkan kulit.

Ceramide - Ini adalah bahan utama dalam membentuk perintang kulit, membantu mencegah kehilangan lembapan sambil mengunci penghidratan.

Panthenol - Juga dikenali sebagai Pro-vitamin B5 memberikan kelembapan mendalam tanpa menyebabkan kerengsaan atau sensitif.

Ekstrak Centella Asiatica - Bahan anti-radang dan menenangkan, juga dikenali sebagai rumput harimau kerana kisahnya harimau akan berguling di atas tumbuhan ini untuk merawat lukanya.

Rutin Harian Dengan 5 Produk Dr. Belmeur Advanced Cica

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dr. Belmeur Advanced Cica Recovery Cream (50ml, RM165)

Kerana kulit kamu sensitif, ia memerlukan lebih daripada sekadar lembapan. Lembapan ini memastikan kulit terhidrat secara mendalam dan melindungi kulit daripada persekitaran serta melegakan calar-balar halus pada kulit.

Tips Advanced Cica Recoovery:

Pertingkatkan kekuatan halangan kulit dengan gabungan Dr. Belmeur Advanced Cica Serum + Cream. Ia memperbaiki kesan-kesan calar pada kulit sehingga 105% selepas penggunaan* dan 92% peningkatan pada halangan kulit selepas 14 hari**.

*Diuji di Ellead Skin & Bio Research ke atas 20 orang wanita dengan kulit sensitif. ** Diuji di Ellead Skin & Bio Research ke atas 21 orang wanita dengan kulit sensitif.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru