Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Pengurus Dedah Kisah Justin Bieber Hampir Maut Kerana Ketagihan Dadah

Pengurus Justin Bieber, Scooter Braun telah berkongsi sejarah hitam mengenai penyanyi popular ini, apabila dia bimbang Justin akan overdose dan meninggal dunia didalam tidurnya.

“Bukan mudah untuk menguruskan selebriti popular dan kaya seperti Justin. Setiap malam saya sukar tidur memikirkan jika dia mati ketika tidur akibat overdose dadah. Apatah lagi ketika dia hilang dan sukar dihubungi sehingga tiga haro berturut-turut”, kata Scooter di The Red Pill Podcast (via ET). “Saya sangka dia akan meninggal dunia. Saya sangka dia akan tidur dan merosakkan sistemnya dan tidak akan bangun keesokan harinya.”

Menurut Scooter, Justin seorang yang rebel ketika remaja kerana di usia sebegitu muda, dia memiliki kekayaan yang banyak! “Dia selalu merungut dan mempersoalkan banyak benda. Dari situ saya tahu dia akan melakukan perkara yang merosakkan diri”, kongsinya.

“Dia selalu menjerit dan tengking saya apabila menghalangnya melakukan konsert jelajah dan merakam lagu baru. Sebab ketika itu dia tidak stabil. Saya tak mahu dia tertekan jadi saya halang dia melakukan aktiviti seni. Saya mahu dia berehat dulu”, jelas Scooter.

Kini, Justin (yang sudah bertunang dengan supermodel Hailey Baldwin) berada dalam keadaan yang lebih baik. “Saya rasa dia telah membuat pilihan baik untuk dirinya berubah,” kata Scooter. “Saya rasa untuk setahun setengah ini saya telah gagal dengan teruk mencuba untuk membantunya, kerana dalam tempoh itu dia tidak berubah.. Sehingga pada satu hari dia bangun dan berkata, “Hey saya perlu bercakap dengan kamu. Saya ingin berubah”, kata Justin. Tambah Scooter, Hailey banyak mengubah Justin menjadi lebih baik, berbanding ketika penyanyi itu bersama dengan wanita lain. Oppps!

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker