Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Penginapan Terbaik Di Empat Negara Sekitar Asia

Usah cerita tentang negara nun jauh di sana sedangkan di negara-negara serumpun menyimpan permata yang belum kamu teroka!

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bangkok, Thailand

Cuba jelajah (terusan) Thonburi khlong menaiki bot panjang berwarna terang. Runding dengan pemandunya dan kamu boleh sewa sebuah bot untuk THB500 menyusuri Sungai Chao Phraya.  Bangkok adalah syurga beli-belah. Pasar paling terkenal bandar ini, Chatuchak Weekend Market (dikenali sebagai JJ bagi orang tempatan), mempunyai 6,000 gerai menjual apa saja.

Hotel pilihan Cosmo: So Sofitel Bangkok

Biarkan imaginasi kamu meliar dalam dunia berekspresi multi-sensori. Terletak di Sathorn dan Rama IV Roads, So Sofitel Bangkok semestinya sebuah hotel bertaraf lima bintang dengan inisiatif konsep kontemporari. Dengan konsep The Tree of Life – lambang yang direka oleh legenda couturier dan reka bentuk terkenal, Christian Lacroix ini  menggabungkan lima elemen: Air, tanah, kayu, besi dan api untuk mencipta satu ikon penginapan mewah dengan sensasi yang berbeza-beza. Walaupun sudah menginap di sini banyak kali, kamu pasti merasai kelainan mengikut pilihan bilik yang disediakan!

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru