Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Penginapan Terbaik Di Empat Negara Sekitar Asia

Usah cerita tentang negara nun jauh di sana sedangkan di negara-negara serumpun menyimpan permata yang belum kamu teroka!

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Phuket, Thailand

Antara destinasi wajib untuk percutian tepi pantai kerana Phuket pernah dapat gelaran syurga dunia kerana lautan biru yang bersih dan pasir pantai putih bak mutiara.  Sama ada menyelam, berlayar atau surfing, Phuket memang syurga sukan air. Jangan lupa tonton Fantasea, sememangnya pertunjukan hiburan malam. Kamu berpeluang naik gajah, makan sepuasnya dan menikmati rancangan ala di Vegas dalam tempoh beberapa jam.

Resort Pilihan Cosmo: Sri Panwa

Nothing can beat this tropical resort in Thailand! Sri Panwa menjanjikan percutian pulau penuh bergaya yang setiap momen kamu di sana adalah Insta-worthy! Bayangkan pagi kamu dikejutkan dengan kicauan burung dan angin segar, manakala malam kamu berkanvaskan kerlipan bintang. Kedengaran seperti sebuah kisah dongeng, tetapi itulah gambaran sebenar keindahan Sri Panwa! Memiliki pantai persendirian dengan laut yang jernih, kamu mungkin tidak mahu pulang kerana setiap saat di sana seperti berada di heaven on earth!

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru