Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Penginapan Terbaik Di Empat Negara Sekitar Asia

Usah cerita tentang negara nun jauh di sana sedangkan di negara-negara serumpun menyimpan permata yang belum kamu teroka!

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jakarta, Indonesia

Di sini semua orang boleh bergelar jutawan! Destinasi pilihan membeli-belah, spa serta makanan ini sememangnya tidak asing lagi di kalangan warna Malaysia. Dari Tanah Abang ke Thamrin City atau puluhan gedung membeli-belah, semuanya ada tarikannya tersendiri! Namun di tengah hiruk-pikuk kota itu (serta ‘macet’ yang luar biasa) ada satu lokasi menarik di mana kamu boleh menikmati ketenangan dan kemewahan ala-ala zaman kegemilangan Majapahit…

Hotel Pilihan Cosmo: The Dharmawangsa Jakarta

Diilhamkan oleh seni, tradisi, dan budaya Indonesia, hotel butik berprestij ini menjadi lambang kemewahan dan hospitality at its best! Di sinilah kelapangan, ketenangan, dan sanktuari kedamaian yang kamu cari-cari boleh ditemui. Terletak di kawasan kelas atas Kebayoran Baru, sebahagian dari kawasan redup dengan pokok-pokok di Jakarta Selatan, hotel Dharmawangsa Jakarta adalah penjelmaan gaya Jawa klasik yang dapat kamu rasakan di setaip pelusuk serta layanan yang diberikan. Sebaik menjejakkan kaki di The Majapahit Hall hotel lima bintang ini, layanan mesra daripada kaki tangan hotel buat kamu terasa seperti di istana. Cosmo jatuh cinta dengan konsep lounge yang ada empat semuanya; Tea Lounge, Caviar Lounge, The Library dan The Bar. Kamu pasti mahu mengambil gambar kenanangan di sini. Malah kamu akan terasa ingin bergambar di mana-mana saja di hotel ini kerana setiap sudut menampilkan keistimewaan tersendiri. Dharmawangsa Jakarta berkomitmen untuk melindungi alam sekitar dan diakui sebagai hotel eko. Kakitangan perihatin dan perkhidmatan butler 24 jam bersedia untuk memenuhi setiap keperluan tetamu, dan melebihi setiap janji dengan tahap perhatian peribadi.

Sekali lagi cinta menyapa bila melangkah masuk ke Dharmawangsa Suite. Dihiasi indah dengan pengaruh Indonesia serantau, kamar dengan saiz unit 107 meter persegi ini mempunyai bilik tidur yang luas dengan ruang tamu yang berasingan, bilik mandi yang besar, pancuran mandian dan tab mandi berasingan, dua kabin vanity dan balkoni peribadi, antaranya. Kerana seluruh kawasan The Dharmawangsa dikelilingi pohon-pohon rimbun, langsung tak terasa bahang di luar bila bersantai di balkoninya sambil menikmati pemandangan kolam renang.

Bercakap tentang kolam renang, jangan menyesal tidak membawa pakaian mandi kerana kamu memang akan teringin untuk berenang di situ kerana ia kelihatan seperti a magical pool in the forest, dengan dahan-dahan yang seolah mencipta kanopi di atas air. Ya, ikutkan hati memang nak bersantai di situ saja seharian, tapi nak shopping juga!

Apa yang boleh Cosmo rumuskan, sungguh luar biasa kemewahan serta layanan yang kami nikmati di The Dharmawangsa bila dibandingkan dengan hotel lain yang pernah kami kunjungi di Jakarta. Reka bentuknya, hiasannya, the ambiance… Semuanya terasa istimewa! Hilang segala rasa penat seharian bershopping, rasa marah meredah kesesakan jalan raya sebaik memasuki perkarangan The Dharmawangsa kerana kamu tahu, kamu sudah memasuki zon tenang…

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru