Penginapan Sempurna Di Kota Cinta, Paris - Page 2 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Penginapan Sempurna Di Kota Cinta, Paris

Tak dinafikan kota Paris sering menjadi spot untuk berbulan madu atau bercuti. Sepanjang percutian Cosmo di sana, kami memilih untuk menginap di Hotel Le Cinq Codet. Sebaik melangkah masuk ke hotel ini, perkataan 'wow' terus terpacul dari mulut.  Mengapa? Jom baca.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Terdapat lima jenis bilik di hotel mewah ini iaitu Classic room, Superior room, Duplex room, Deluxe room dan Family room.

Cosmo teringin nak jadi Parisian buat sementara waktu jadi Cosmo pilih Duplex room. Bilik dua tingkat ini direka khas untuk pengunjung yang mahu kehidupan ala Parisian. Tingkap besar memenuhi ruang dinding dan ditutupi dengan langsir. Kamar tidur berada di bahagian atas. Bath tub berada di sebelah katil untuk kamu berendam. Agak pelik tapi unik!

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist