Pengalaman Gastronomi Luar Biasa Oleh Chef Terkecil Dunia - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Pengalaman Gastronomi Luar Biasa Oleh Chef Terkecil Dunia

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas kejayaan Dinner In The Sky dan Plane In The City, 2Spicy Entertainment dengan kerjasama Elements Kuala Lumpur telah melancarkan satu lagi pengalaman makan malam yang unik dikenali sebagai Le Petit Chef. Malaysia merupakan negara Asia Tenggara yang pertama terpilih untuk pengalaman gastronomi unik oleh chef terkecil dunia.

Le Petit Chef menjanjikan suasana makan malam yang luar biasa untuk kamu yang masih lagi tercari-cari tempat makan bagi meraikan acara istimewa seperti sambutan hari jadi, janji temu bersama yang tersayang atau ulang tahun perkahwinan.

Hidangan yang dibawa khas dari Perancis dihidangkan sendiri oleh chef Jeff Ramsay yang juga merupakan chef terkenal dengan pengiktirafan bintang Michelin!

Makan malam yang menggabungkan elemen inovatif dan animasi itu diselia oleh sebuah studio animasi terkenal dari Belgium. Le Petit Chef juga menjanjikan pengalaman yang lain daripada lain buat kamu kerana hidangan kamu bakal disajikan oleh chef terkecil dunia di dalam bentuk animasi digital 3D terlebih dahulu sebelum ia direalisasikan di atas pinggan kamu.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert