Pencuci Mulut Bebas-Gluten Untuk Penggemar Manisan - Page 2 of 2 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Pencuci Mulut Bebas-Gluten Untuk Penggemar Manisan

Pencuci Mulut Bebas-Gluten Untuk Penggemar Manisan

Yes, gluten-free and guilt-free desserts! Walaupun dua resipi pencuci mulut ini tidak mengandungi gluten, gula proses dan mentega, tidak bermakna kamu boleh makan sebanyak mana yang kamu mahu, okey? It’s all about balance.
2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Chewy Berry Oat Bars

 

Pencuci Mulut Bebas-Gluten Untuk Penggemar Manisan

 

Kamu boleh simpan chewy bars ini di dalam beg tangan sebagai energy-boosting midday snack. Tidak mengandungi gula putih, mentega dan semestinya tanpa kandungan gluten! Masa yang diperuntukkan hanyalah 40 minit.

 

BAHAN-BAHAN:

1 1/2 cawan tepung oat bebas-gluten

1 cawan oat bebas-gluten

1 cawan gula perang

1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis

1 sudu teh serbuk penaik

1/2 sudu teh garam

1 sudu teh vanila

3/4 cawan minyak kelapa

2 cawan campuran beri biru

2 sudu besar tepung jagung

Buah fig, beri hitam dan beri biru sebagai hiasan jika mahu

 

CARA PENYEDIAAN:

1) Panaskan ketuhar pada suhu 190°C dan alas pan bersaiz 8×8 inci dengan kertas minyak.

2) Satukan oat, tepung oat, gula perang, serbuk kulit kayu manis, serbuk penaik dan garam.

3) Masukkan minyak kelapa dan vanila kemudian gaul bahan sehingga bahan menjadi seakan-akan serbuk roti.

4) Tuang ke dalam dulang pembakar dan tekan sehingga mampat.

5) Campurkan beri hitam bersama tepung jagung dan tuangkannya ke dalam dulang pembakar tadi.

6) Bakar selama 35 minit dan sedia untuk dihidangkan.

7) Simpan di dalam peti sejuk agar ia tidak lembik jika kamu tidak mahu makannya serta-merta.

7) Taburkan buah-buahan hiasan jika mahu.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert