Pencuci Mulut Bebas-Gluten Untuk Penggemar Manisan - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Pencuci Mulut Bebas-Gluten Untuk Penggemar Manisan

Pencuci Mulut Bebas-Gluten Untuk Penggemar Manisan

Yes, gluten-free and guilt-free desserts! Walaupun dua resipi pencuci mulut ini tidak mengandungi gluten, gula proses dan mentega, tidak bermakna kamu boleh makan sebanyak mana yang kamu mahu, okey? It’s all about balance.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Opera Cream

Pencuci Mulut Bebas-Gluten Untuk Penggemar Manisan

Pencuci mulut ini amat mudah dibuat di rumah dan padat dengan coklat gelap, kacang pistasio serta gabungan rasa manis dan masin. Masa yang diambil untuk lakukan hidangan ini? 1 jam 30 minit!

 

BAHAN-BAHAN:

2 cawan gula pasir

1 cawan krim

1 sudu besar sirap jagung

1 sudu teh esen vanila

Garam kosher

1 cawan kacang pistasio tanpa garam (dibuang kulit dan dicincang kasar)

140 gram coklat gelap (dicincang)

1/2 sudu teh garam laut

 

CARA PENYEDIAAN:

1) Alas square pan bersaiz lapan inci dengan kertas minyak.

2) Campurkan gula, krim dan sirap jagung ke dalam saucepan saiz sederhana. Masak menggunakan api perlahan dan kacau sebati sehingga gula cair sepenuhnya (lebih kurang 10 minit). Jika gula mula melekat di tepi kuali, gunakan berus pastri basah dan berus keliling periuk.

3) Naikkan suhu kepada medium-high dan biarkan didih tanpa mengacaunya selama lima minit. Kemudian dengan cepat, pindahkan bahan ke dalam mixer dan pukul dalam kelajuan sederhana selama satu minit. Kemudian naikkan kelajuan dan pukul selama lima ke tujuh minit. Tambah esen vanila dan garam kosher kemudian pukul hingga sebati. Tambah kacang pistasio.

4) Tuang bahan tadi ke dalam square pan dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.

5) Dalam periuk kecil, cairkan coklat gelap sehingga teksturnya lembut. Tuangkan ke atas bahan yang sudah disejukkan sebentar tadi. Kemudian, taburkan sedikit garam laut di atasnya.

6) Sejukkan sehingga set sekurang-kurangnya 15 minit. Potong dan hidangkan.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert