Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Pencarian Make Me A Zalora Model Kembali Untuk Musim Kedua!

Tahun ini pertandingan pencarian model media sosial Zalora terbuka kepada lelaki dan wanita. 

Zalora kembali dengan pencarian Make Me A Zalora Model yang diadakan menerusi medium media sosial. Ia terbuka kepada model-model dari seluruh Asia seperti Singapura, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Indonesia dan Filipina. Kamu dijemput untuk merebut peluang keemasan ini dalam misi menjadi model Zalora dan memenangi hadiah, termasuklah kontrak dengan agensi pemodelan terkemuka Singapura dan tajaan pakaian selama setahun daripada Zalora.

Untuk menyertai, kamu boleh memuat naik gambar terbaik atau gambar penuh ke Instagram menggunakan hashtag # MMAZMCycle2. Setiap minggu, peserta dari setiap negara dengan gambar terbaik akan dipilih sebagai peserta separuh akhir oleh panel hakim dan layak untuk pusingan seterusnya. Pada akhir kitaran mingguan, hanya 12 peserta yang akan muncul sebagai finalis untuk Grand Finale di Kuala Lumpur di mana pemenang akan diumumkan.

KRITERIA DAN KELAYAKAN:
● Ambil selfie dan / atau OOTD (outfit of the day), muat naik foto ke Instagram dengan hashtag # MMAZMCycle2 dan tag @zaloraMY
● Kamu boleh muat naik gambar tanpa had
● Peraduan terbuka kepada semua lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas
Photo editing atau aplikasi pengubah wajah dilarang sama sekali
● Finalis mesti bersedia untuk ke Kuala Lumpur bagi Grand Finale dari 5 hingga 7 Oktober 2017
● Pemenang mesti bersedia untuk mengikat kontrak dengan ZALORA selama tiga (3) bulan
● Pemenang mesti bersedia untuk diwakili oleh Model UpFront
● Semi-finalis perlu bersedia untuk pemilihan di pejabat ZALORA atau temu duga video
● Tarikh akhir untuk penyertaan: 21 September 2017, 12pm
● Semak maklumat lanjut serta terma & syarat penuh di www.zalora.com.my/make-me-a-zalora-model

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva