Penang Semakin Happening!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Penang Semakin Happening!

Memang rugilah siapa yang tak pernah kunjungi Penang. Lokasi percutian ini semakin happening and Cosmo loves the place, food and environment. Jom lihat spot paling hype untuk kamu kunjungi. Bukannya tak biasa ke sana tapi kalau kamu belum kunjungi empat tempat ini, ‘tawaf’ ke pulau ini belum selesai ya.

50138385 - georgetown, penang/malaysia - circa october 2015: old streets and architecture of georgetown, penang, malaysia

Lebuh Armenian dan Lebuh Acheh
Di sini kamu boleh check out lukisan mural yang menarik! Daripada gambar dua anak kecil gembira naik basikal hinggalah ke mural kucing penuh satu dinding.

Tip Cosmo: Sewa basikal atau jalan kaki jauh lebih baik daripada memandu ke situ.

Makan di Kapitan dan Jawi House
Kamu pasti akan puas hati dengan keenakan cheese naan di Kapitan. Manakala di Jawi House, kamu kena cuba nasi biru dengan deretan lauknya. Rekaan dalamannya buat kamu rasa berada dalam suasana rumah lama tahun 70-an.

Pinang Peranakan Mansion
Bukan saja jadi tumpuan untuk fotografi pre-wedding kerana keunikan rumah Peranakan, tapi kamu juga boleh belajar tradisi keluarga kahwin campur yang sangat menarik!

Muzium Kamera, Lebuh Muntri
Di sinilah Cosmo belajar kenapa orang dulu tak senyum dalam gambar. Kalau dah kena duduk hampir separuh hari untuk rakam sekeping gambar, sudah tentulah tak larat nak maintain senyuman itu. Dan ibu bapa kena duduk diselimuti kain kalau mahu gambar anak mereka dirakam. So interesting!

 

Foto: 123rf.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist