Pemenang Billboard Music Awards 2016 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Pemenang Billboard Music Awards 2016

Billboard Music Awards 2016 yang berlansung pada 22 Mei (waktu tempatan) di Las Vegas, Venada menyaksikan rapper The Weeknd menerima pencalonan terbanyak iaitu sebanyak 20 pencalonan dan menjadi artis paling banyak memenangi anugerah iaitu untuk lapan kategori, diikuti Adele dengan lima anugerah termasuk kategori Top Artist.

Acara tahunan yang dikendalikan oleh Ludacris dan penyanyi Ciara itu menyaksikan Celine Dion menerima Billboard Icon Award di atas pencapaian selama hampir tiga dekad dalam industri muzik dan persembahan tribute menarik daripada Madonna untuk mendiang Prince.

Singer The Weeknd appears backstage with his 8 Awards for Top Hot 100 Artist, Top Song Sales Artist, Top Radio Songs Artist, Top Streaming Songs Artist, Top R&B Artist, Top R&B Album, Tom Streaming Song (Audio) and Top R&B Song during the annual Billboard Music Awards held at T-Mobile Arena in Las Vegas, Nevada on May 22, 2016. Photo by Jim Ruymen/UPI Photo via Newscom

The Weekend membolot lapan anugerah antaranya Top R&B Song (The Hills),Top Hot 100 Artist, Top Song Sales Artist, Top Radio Songs Artist, Top Streaming Songs Artist, Top R&B Album dan Top R&B Artist. 

adele-800

Adele yang tidak dapat hadir ke acara tersebut kerana sedang sibuk dengan jelajah konsertnya menerima lima anugerah termasuk anugerah terbesar, Top Artist. Antara lain, Adele menjulang trofi kategori Top Billboard 200 Album, Top Female Artist, Top Billboard 200 Artist dan Top Selling Song untuk lagu berhantunya – “Hello”. Adele turut secara eksklusifnya melancarkan video muzik untuk lagu berjudul “Send My Love (To Your New Lover)”. 

, Las Vegas, CA - 5/22/16 - 2016 Billboard Music Awards - Press Room -PICTURED: Britney Spears -PHOTO by: Vince Flores/startraksphoto.com -VIF73127 Editorial - Rights Managed Image - Please contact www.startraksphoto.com for licensing fee Startraks Photo New York, NY Image may not be published in any way that is or might be deemed defamatory, libelous, pornographic, or obscene. Please consult our sales department for any clarification or question you may have. Startraks Photo reserves the right to pursue unauthorized users of this image. If you violate our intellectual property you may be liable for actual damages, loss of income, and profits you derive from the use of this image, and where appropriate, the cost of collection and/or statutory damages.

Pop Princess, Britney Spears membuka tirai persembahan dengan lagu kontroversinya ‘Work B*tch’. Dia yang menyarung baju seksi yang dipenuhi dengan berlian turut menyanyikan lagu-lagu popularnya secara medley iaitu Womanizer, I Love Rock ‘n’ Roll, Slave 4 U, dan Toxic. Britney turut menerima Billboard Millennium Award, anugerah untuk artis yang memberikan impak dalam industri muzik. Antara artis yang pernah menerima anugerah itu adalah Beyonce dan Whitney Houston.

Berikut adalah senarai pemenang bagi kategori-kategori popular lain:

Billboard Chart Achievement Award (Fan-Voted): Rihanna

Top Male Artist: Justin Bieber

Top Hot 100 Song: Wiz Khalifa ft. Charlie Puth, “See You Again” 

Top New Artist: Fetty Wap 

Top Duo/Group: One Direction

Top Social Media Artist: Justin Bieber

Top Touring Artist: Taylor Swift

Top Rap Artist: Drake

Top Soundtrack: Pitch Perfect 2 

Top Rap Song: Wiz Khalifa ft. Charlie Puth, “See You Again” 

Photo: TPGimages.com / Billboard.com 

Oleh: @curlyjow

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness