Pemanduan Lebih Selesa Kala Mengembara - Page 3 of 3 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
pemanduan-lebih-selesa-kala-mengembara

Pemanduan Lebih Selesa Kala Mengembara

Dambakan pemanduan selesa dan gempak? BMW 7 Series Hybrid Serba Baharu dengan Teknologi eDrive kini menawarkan inovasi yang mendahului industri daripada BMW i ke dalam limosin mewah dan moden di Malaysia. Ia kemudian menjadi peneraju dalam segmen mewah melalui Keseronokan Pemanduan Elektrik daripada teknologi BMW eDrive. Sempurna untuk gadis Cosmo sepertimu!

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kecekapan luar biasa digabungkan dengan ciri keselamatan menyeluruh dan teman ketika memandu untuk pengalaman lebih baik

Kelincahan prestasi sedan ini disempurnakan lagi dengan penjimatan bahan api dan emisi  sangat rendah daripada BMW iPerformance. Memanfaatkan Teknologi BMW eDrive yang diambil daripada kepakaran BMW i, BMW 740Le xDrive Serba Baharu mencatatkan penggunaan bahan api cuma 2.5l/100km dan emisi CO2 56g/km. Penggunaan tenaga elektrik oleh sedan ini juga cukup mengagumkan iaitu 13.9 kWh bagi setiap 100km.

Kecanggihan teknologi chasis yang menjadi asas kepada kepakaran BMW eDrive diserlahkan melalui dinamik keselesaan yang boleh diubah suai. Sebagai varian BMW iPerformance, chasis BMW 740Le xDrive Serba Baharu terdiri daripada dua gandar suspensi udara dengan pelarasan ketinggian automatk dan Kawalan Peredam Dinamik yang menawarkan tahap keselesaan terbaik.

Aspek keselamatan pula hadir dalam rangkaian peralatan yang merangkumi beg udara hadapan dan sisi, beg udara bahagian kepala/curtain pada tempat duduk hadapan dan belakang, beg udara untuk lutut pemandu, cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di belakang dan Sistem Perlindungan Aktif – serta banyak lagi.

Jika berminat, kamu boleh miliki BMW 740Le xDrive All-New pada harga RM564,946.92 (tanpa GST).

 

Foto: BMW Malaysia

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist