Pemanduan Lebih Stylish Dengan Volvo XC40 Dan Mercedes-Benz A-Class
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Pemanduan Lebih Stylish Dengan Volvo XC40 Dan Mercedes-Benz A-Class

Pemanduan Lebih Lancar Dan Stylish Dengan Dua Kereta Mewah ini

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse
Volvo XC40

Tidak di sangkal lagi, jenama Volvo antara kenderaan yang paling lengkap dengan ciri-ciri keselamatan yang paling unggul buat semua pengguna. Model XC40 dicipta khas untuk mengatasi cabaran kehidupan moden di tengah kota, dan bermatlamat untuk menjadikannya sebuah kenderaan yang bergerak lancar dan menyeronokkan sepanjang perjalanan.

Model kali ini tampil dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan termaju, pemanduan semi-autonomous, serta teknologi infotaimen. Dilengkapi dengan  platform Compact Modular Architecture (CMA), XC40 baru ini turut menikmati pelbagai teknologi terkini yang sebelum ini hanya melengkapi model-model yang lebih besar dalam barisan kenderaan Volvo, yang menggunakan asas Scalable Product Architecture (SPA).

Teknologi-teknologi itu adalah Pilot Assist iaitu pemanduan semi-autonomous, City Safety generasi terbaru untuk menghindari dan mengelak perlanggaran secara autonomous, termasuk terhadap pejalan kaki, pengayuh basikal dan haiwan, Run-off Road Protection and Mitigation, Cross Traffic Alert with Auto Brake dan banyak lagi. Teknologi yang sangat mementingkan keselamatan ini sangat sesuai digunakan.

Rekaan bentuk kereta ini juga cukup menakjubkan kerana teras penghasilan rekaan ala Scandinavia ialah keseimbangan sempurna antara estetika dan fungsi. Pelanggan boleh memilih di antara empat pilihan warna yang menarik: Bursting Blue, Fusion Red, Cyrstal White dan Osmium Grey. Apa yang lebih menarik, model XC40 kali ini menampilkan rekaan kabin yang lebih ringkas dan praktikal dengan ruang simpanan yang berguna. Jangan lupa dapatkan Volvo XC40 untuk menjadikan perjalanan kamu lebih lancar dan selamat.

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor