Pelik Tapi Benar! Ini Rahsianya Untuk Tingkatkan Daya Ingatan Kamu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Pelik Tapi Benar! Ini Rahsianya Untuk Tingkatkan Daya Ingatan Kamu

Pelik Tapi Benar! Ini Rahsianya Untuk Tingkatkan Daya Ingatan Kamu

Percaya tak, napping dikatakan mampu menguatkan daya ingatan kamu? Best. News. Ever!

 

This is how you can make yourself orgasm while you sleep

 

Satu kajian terbaru yang diketuai oleh Sara Mednick, Profesor Madya Psikologi di University of California-Riverside, Amerika Syarikat mendapati tidur mempunyai pelbagai kelebihan (obviously!) – tapi napping juga tak kurang hebatnya.

 

Peserta kajian mengambil ujian untuk mengukur tahap kreativiti, di mana ia mempunyai petunjuk tentang satu ujian lain yang tidak mereka ketahui. Selepas itu sebahagian peserta kekal berjaga, manakala majoriti daripada mereka memilih untuk tidur seketika. Tidak lama kemudian, mereka semua diminta untuk mengambil satu lagi ujian, dan hasil keputusan mendapati mereka yang tidur seketika performed far better.

 

Menurut Sara, kumpulan yang tidur seketika performed 40 peratus lebih baik kerana masa pergerakan mata meningkat dengan pantas ketika ia tertutup. Katanya:

 

“Tidur membantu mengubah memori jangka pendek menjadi memori jangka panjang dengan menguatkan kaitan antara pengalaman baru dengan memori lama, yang membolehkan pengalaman baru bersepadu dengan pengetahuan am dan pemahaman kamu tentang dunia.”

 

Okay, so how long before we can make napping a legit thing, though?

 

Artikel asal: Abigail Malbon (cosmopolitan.com/uk)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor