Tip Mudah Ini Boleh Bantu Kikis Tabiat Suka Makan Manis - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Pelan Mudah Untuk Kikis Tabiat Suka Makan Manis

Tip Mudah Ini Boleh Bantu Kikis Tabiat Suka Makan Manis

Sama seperti ‘serbuk putih’ yang lagi satu tu, gula boleh buatkan kamu ketagih dan memudaratkan kesihatan kamu. Ini adalah pelan mudah untuk kikis tabiat kamu itu.

Pelan Mudah Untuk Kikis Tabiat Suka Makan Manis

Foto: Depositphotos

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) Tolak tepi air soda.

Air soda 12 auns mengandungi 39 gram gula. Jus mungkin pilihan ‘semula jadi’ tapi ia juga bukanlah pilihan yang lebih baik. Segelas jus 8 auns mengandungi 22 gram gula. Jadi pilihan terbaik adalah air mineral, air seltzer atau teh O ais tanpa gula.

2) Sarapan yang lebih berkhasiat.

Ucapkan selamat tinggal kepada sugar-bomb granolas dan pilih bijirin dengan kandungan gula kurang daripada 5 gram setiap hidangan. Pilihan lebih baik? Protein bantu kawal selera makan kamu sepanjang hari. Jadi ucapkan ‘helo’ kepada scrambled eggs dengan bayam dan avokado.

3) Snack smart.

Tahukah kamu, nonfat vanilla Greek yogurt mengandungi lebih banyak gula tambahan berbanding satu scoop aiskrim vanila (13 gram). Manakala energy bar mengandungi jumlah gula lebih daripada had harian kamu. Pilih yogurt asli dengan beri segar atau low-sugar energy bar dengan bahan semula jadi seperti buah dan kekacang.

4) Go semisweet.

Jika kamu suka makan biskut atau pencuci mulut selepas makan malam, gantikannya dengan coklat hitam yang mengandungi 65 peratus koko asli. Ingat! Lebih tinggi peratus koko, lebih kurang kandungan gula di dalamnya.

5) Abaikan 3pm-junk-lust kamu.

Satu kajian mendapati ‘sugar monster’ di dalam tubuh kamu akan bangun menjelang tengah hari kerana kawalan diri kamu semakin berkurangan. Alihkan perhatian kamu dengan lakukan apa-apa aktiviti seperti tonton drama atau berjalan selama 15 minit (berjalan terbukti secara saintifik dapat membantu kamu kikis keinginanmu untuk makan lebih banyak snek).

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor