Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Pastikan Rumah Kamu Selamat Kala Bercuti

Kamu mahu bercuti dan terasa was-was dalam perjalanan menuju ke destinasi. Dalam fikiran kamu, pastinya memikirkan keselamatan rumah. Sudahkah semua palam elektrik dimatikan? Sudahkah pintu pagar dikunci? Dalam senyap, kerisauan ini menghambarkan semangat untuk bercuti. Tak syok langsung! Jom lihat, apa yang Cosmo kongsi untuk buat kamu tenang dan tak risau lagi.

Pagar Automatik
Kebanyakan pagar besi dan kayu adalah berat dan dengan sistem pagar automatik ini ia menjadikannya lebih mudah. Cuba bayangkan bila kamu pulang ke rumah pada waktu malam dan lebat, pasti kamu tak mahu basah kuyup ketika buka pagar. Itulah keselesaan jika kamu memiliki autogate. Hanya tekan butang kawalan jauh saja. Easy peasy!

Deadbolt Locks
Teknologi rekaan kunci mangga juga makin canggih. Cosmo cadangkan kamu pasang deadbolt locks atau dipanggil mangga selak mati. Ia berfungsi mengawal keselamatan lebih efektif berbanding mangga konvensional. Mangga ini hanya boleh dibuka dengan pasangan kuncinya saja. Kamu juga boleh masukkan nombor pin pada pintu masuk rumah.

Lampu Sensor

Lampu penentu masa berfungsi menyala pada waktu malam dan terpadam pada siang hari. Back up dengan lampu kecemasan yang akan menyala sekiranya berlaku blackout. Kalau rumah kamu asyik bergelap saja takut jadi sasaran penjahat pula. Cosmo ingatkan saja ya…

Kamera Litar Tertutup (CCTV)
Dipasang pada tempat yang tepat dan boleh merakam pergerakan sekitar dengan jelas sama ada dalam gelap mahupun siang. Lihat paparan CCTV sekali-sekala semasa bercuti. Kamu juga boleh link CCTV pada telefon pintar dengan aplikasi seperti CCTV Camera Pro Mobile, iDVR-PRO Viewer atau iP Camera Viewer.

Sistem Penggera Pintu Dan Tingkap
Kawalan alat penggera dari jauh membantu kamu menjaga kediamanmu. Sensor yang dipasang pada pintu dan tingkap akan mengesan sebarang pergerakan dan menghantar terus maklumat kepada nombor telefon kamu. Pastikan kamu pilih sistem penggera yang boleh dikawal menerusi telefon pintar untuk mengaktifkannya atau mematikannya.

Pengesan Asap Dan Gas
Alat pengesan asap akan memberitahu kamu lokasi dari mana asap bermula ataupun api sedang merebak. Ini membolehkan kamu bertindak untuk memadamkannya dengan cepat. Jika kamu sedang bercuti jangan lupa minta tolong jiran untuk lihat keadaan rumah kamu. Malang tak berbau ya. Cosmo saran alat pengesan asap dipasang di setiap tingkat atau kawasan yang berisiko berlaku kebakaran terutamanya dapur, bilik tidur, stor simpanan, ruang tamu dan tempat yang boleh didengari orang ramai.

GPS Tracker Untuk Kenderaan
Risau jika kamu tinggalkan rumah dan kereta dalam tempoh yang lama. Wujud ah gajet untuk keselamatan kereta? Mestilah ada! Cosmo saran kamu pasang GPS Tracker pada kenderaan kamu. Pastikan ia dihubungkan ke telefon pintar supaya ia dapat hantar isyarat alarm jika kenderaan bergerak.

Foto: Shutterstock.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist