Panjangkan Jangka Hayat Kecantikan dengan Inspirasi dari Zon Biru - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Panjangkan Jangka Hayat Kecantikan dengan Inspirasi dari Zon Biru

Sains membuktikan pemikiran yang positif boleh memanjangkan usia. Jadi kamu pilih untuk kekal cantik dan sihat lebih lama atau tidak – semuanya atas pilihan gaya hidup. Jom ambil inspirasi dari zon biru…

 

Selama lebih dari 20 tahun, CHANEL telah mengiringi wanita dalam setiap aspek kehidupan mereka, mewujudkan hubungan antara persekitaran mereka, gaya hidup mereka dan kecantikan mereka. Konsep ini telah membawa orientasi baru kepada kajian penuaan. Hari ini, CHANEL Penyelidikan sedang meneroka cara yang lain bagi wanita untuk menjaga diri mereka sendiri: longevity atau usia yang panjang. Pendekatan aktif ini adalah untuk semua wanita yang mahu mengelakankan dan menghadapi masa depan tanpa mengubah diri mereka.

CHANEL telah mengambil inspirasi daripada  “zon biru” di Costa Rica, Sardinia, Greece dan Jepun yang didefinisikan oleh populasi yang hidupnya lebih lama berbanding tempat lain. Selain ekosistem yang menakjubkan, populasi ini juga berkongsi gaya hidup berasaskan empat faktor: diet sihat dan seimbang; aktiviti fizikal harian; kawalan tekanan yang lebih baik; dan struktur sosial yang rapat. Pendekatan yang unik dan luar biasa ini membawa kepada penciptaan satu produk penjagaan untuk semua jenis kulit dan semua peringkat umur: BLUE SERUM. Hari ini, kecantikan kulitmu bukan lagi tentang melawan atau menentang, tetapi bagaimana kamu boleh menyayangi, menjaga dan memelihra, masa untuk memupuk persekitaran dan dalaman kita, membolehkan wanita untuk mengawal kecantikan mereka.

Kopi hijau dari Costa Rica, zaitun dari Sardinia dan lentisk dari Greece; ketiga-tiga bahan dari zon biru ini dikenali kerana kuasa serta keberkesanannya ke atas empat faktor usia panjang tadi. Bila digandingkan dengan teknologi avant-garde, ketiga-tiga bahan aktif yang serasi dari segi biologi ini mampu memanjangkan usia selular lantas mengaktifkan keremajaan kulit.

 

Temu-bual bersama Christian Mahe – Chanel Senior Vice President Research Beauty And Innovation ini pasti memberi penjelasan yang lebih mendalam tentang Chanel Blue Serum.

Bagaimana Chanel Research mendekati penuaan kulit? Mengapa ‘usia panjang’ menjadi tumpuan hari ini?

Chanel reserach adalah salah satu pusat kosmetik yang pertama mencipta bahagian Sains Kemanusiaan dan membangunkan pendekatan holistik ke arah kecantikan. Ia memberi arah baru kepada kajian yang kami lakukan ke atas penuaan dan membolehkan kami fokus kepada ‘longevity‘. Ia adalah sambungan logikal kepada proses yang difikirkan oleh Chanel, perubahan daripada antipenuaan ke inisitaif pro-aktif, secara sukarela, menggalakkan wanita untuk menjaga diri mereka dengan lebih baik.

Bagaimana BLUE SERUM membenarkan wanita untuk main peranan dalam memanjangkan usia mereka?

Ia adalah proses kehidupan. Dah proses ini ada beberapa segi: dari segi sosial, fizikal, nutrisi dan segi yang berkaitan dengan kulit. Blue Serum adalah sebahagian daripada pendekatan ke arah longevity kerana ia memberi kuasa penuh kepada wanita dalam kecantikan mereka. Dah tentu, ia juga disokong oleh kepakaran Chanel Reserach dalam penuaan kulit.

Apa yang kamu pelajari daripada zon biru?

Mereka yang berusia sekurang-kurangnya 100 tahun hidup dalam keadaan yang khusus dan mudah untuk dikenal pasti kerana mereka hidup terpencil dari tahap geografi dan genetik. Di kawasan-kawasan ini, mereka memberi perhatian khusus kepada pemakanan, mereka tahu bagaimana untuk kawal tekanan, mereka bersenam selalu dan menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain.

Bagaimana pula tiga bahan utama itu dipilih?

Kami mulakan dengan menyenaraikan bahan-bahan yang dimakan di zon-zon biru ini dan mengkaji setiap satudengan data saintifik yang kami ada tentang mereka pada tahap perubatan dan juga dermatologikal.

Digunakan sebagai langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit, bagaimana keserasiannya diukur bila digandingkan dengan krim lain?

Seperti mana-mana formula lain, kami menjalankan ujian keserasian antara serum ini dengan kesemua formula kami yang sedia ada, termasuklah bedak asas. Serum ini boleh digunakan sendirian atau sebagai langkah pertama rutin penjagaan harian.

 

 

 

 

http://www.chanel.com/en_MY/fragrance-beauty/skincare/c/blue-serum.html

Foto: Chanel

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru