Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Panduan Kemas Rumah Untuk Gadis Pemalas

Jangan berlengah lagi untuk kemas rumah. You can do it! (Usaha sikit pun boleh…).

Foto: Shutterstock.com

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

­­­­YOU WIN WHEN YOU CLEAN!

Fakta yang dikumpul khas untukmu ini pasti buat semangat berkobar untuk mengemas.

  1. Jika kamu mengemas selama dua jam, kamu ‘bakar’ 200 kalori.
  2. 70 peratus partikel habuk terdiri daripada serpihan kulit mati.
  3. Ramai yang kata, kawasan paling suka dibersihkan di dalam rumah adalah bilik air.
  4. Jika kamu salah guna bahan pencuci, kualiti udara dalam ruang tertutup akan 500 peratus lebih teruk daripada di luar rumah.
  5. Menggunakan sos tomato pada bahan tembaga atau besi mudah hakis akan mencantikkannya kembali.
  6. Kebanyakan sinki dapur ada lebih banyak kuman berbanding di dalam bilik air.
  7. Menyembur permukaan dengan bahan pencuci dan terus mengelapnya sebenarnya tidak berkesan. Kebanyakan pembersih antibakteria perlu dibiarkan 30 ke 60 saat sebelum mengelapnya.

Tip 3: Kemas Katil

Katil yang bersepah akan buat seluruh bilik tidur rasa tak kemas. Tapi katil yang nampak teratur akan melihatkan kamu seorang yang pengemas. Balik dari kerja nampak katil yang kemas, damai rasanya…

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor