Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Panduan Kemas Rumah Untuk Gadis Pemalas

Jangan berlengah lagi untuk kemas rumah. You can do it! (Usaha sikit pun boleh…).

Foto: Shutterstock.com

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

BILA KALI TERAKHIR KAMU MENCUCI…?

1 … Bahan Mandian Pisau pencukur, span dan loofah kamu tu ‘lubuk’ bakteria ya! Bersihkan mata pisau dengan cuka atau peluntur; span dengan air panas dan bersabun; loofah dimasukkan dalam microwave.

2… Bra Kamu Tubuh kamu mengeluarkan minyak dan kulit mati, lama-lama ‘berkerak.’ Janganlah guna bra sama sampai berhari-hari ya. Mencuci tangan tak wajib tapi coli boleh dimasukkan dalam mesin basuh jika menggunakan beg jaring dan guna pusingan lembut. Jemur di luar kerana dryer akan ‘mencairkannya.’

3… Pemegang Pam Tempat duduk tandas selalu juga dicuci tetapi adakah tempat pam dibersihkan juga? Di situ juga ‘pusat’ untuk bakteria membiak. Euw. Setiap kali cuci bilik air jangan lupa sental kawasan itu ya.

Tip 2: Cucian Segera

Kamu takkan tahu bila seseorang (ibu bapa, frenemy) datang menjenguk rumahmu. Bila mereka datang mengejut, ambil segulung tisu tebal dan sebotol pencuci cermin. Sembur pada tandas, sinki dan cermin. Lap kering. Pencuci cermin akan buat permukaan itu bersinar-sinar. Kamu akan kelihatan rajin mengemas padahal dengan cara begitu mudah.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor