Pameran 1 Home 1 Art Buat Si Pencinta Seni
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Pameran 1 Home 1 Art Buat Si Pencinta Seni

Pameran 1 Home 1 Art Buat Si Pencinta Seni

A.P Art Gallery telah melancarkan 1 Home 1 Art bermula 27 April 2019 khas buat kamu! Dianjurkan buat kali keempat, ia dibuka dari jam 3 hingga 5 petang dan berakhir pada tarikh 29 Jun nanti. Apa lagi, jom terjah?

Pameran ini amat mementingkan perabot-perabot unik dan memiliki ciri-ciri seni tersendiri. Sesetengah orang menganggap seni perabot itu pada fungsinya sahaja namun bagi 1 Home 1 Art, seni itu terhasil daripada keunikan perabot itu sendiri.

Perabot-perabot di dalam pameran ini telah direka oleh MAD3 Studio, Fine Grit Studio, Cekal Rimba dan Bo Concept. Rafiee Ghani dan Mustapha Ibrahim iaitu pelukis terkemuka ini juga terlibat dalam pameran tersebut.

Bila ke sana, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah disediakan di pameran tersebut. Antaranya ialah Bengkel Quran Tag dan Bengkel Flower Arrangement.

Selain itu, kamu turut dijemput ke ‘Kongsi’ iaitu slot perkongsian kreatif yang akan diberikan oleh tetamu jemputan. Lebih menarik, kamu boleh berkunjung ke Garage Sale yang berkonsepkan pasar karat. Terjah sekarang, okey?

Oleh: Raihana Yasmin Hamidi

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor