OMG! Rumah Mini Ini Diubah Suai Daripada Bas Lama
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

OMG! Rumah Mini Ini Diubah Suai Daripada Bas Lama

Membeli rumah adalah pelaburan paling berbaloi apatah lagi nilai harga akan meningkat setiap tahun. Tapi dengan ekonomi yang tidak menentu serta harga rumah yang melambung tinggi, ramai yang memilih untuk menyewa daripada membeli, kan?

Di luar negara, golongan berpendapatan sederhana tampil dengan banyak idea untuk membina sendiri kediaman seperti kenderaan caravan atau trak bergerak. Tapi pernah tak kamu terfikir untuk tinggal di dalam rumah mini yang dibina daripada bas lama?

Jessie Lipskin, 30, yang berasal dari New York mahu mengurangkan kos perbelanjaan di kota paling popular itu dan tampil dengan idea gila ini. Tinggal di dalam bas yang diubah suai dalamannya seperti apartment mewah!

Jessie membeli sebuah bas lama jenis Greyhound tahun 1966 di eBay dan mengambil masa tiga tahun mengubah suai kenderaan itu. Idea itu diinspirasikan oleh sebuah filem dokumentari mengenai kitar semula barangan terpakai berjudul Garbage Warrior. Jessie membeli bas itu dengan harga lebih kurang RM30,000 dan turut mendaftarkan ia dengan insurans. Dia kemudian mengupah seorang kontraktor dan menyewa sebuah lokasi di New Jersey untuk proses pengubahsuaian.

“Antara cabaran paling sukar adalah membina dinding, store simpanan dan closets. If the angle isn’t exactly the same every time you park, you might have an issue with opening a door or something like that,” kongsi Jessie.

Rumah mini ini berjaya siap sepenuhnya pada Januari 2018 yang menelan kos sehingga RM350,000 termasuk sistem elektrik, air, dekorasi dan peralatan rumah lain. “Ya, memang mahal untuk rumah mini seperti ini tetapi untuk hidup di kota New York, saya rasa ia berbaloi dan kamu boleh pindah sesuka hati dan di mana-mana saja,”, jelasnya.

Dibina dengan peralatan rumah yang lengkap, ia termasuk sebuah sinki yang besar, kaunter dapur kayu, oven, dapur memasak, mesin basuh jimat tenaga, pengering pakaian dan pemanas mandian. Ia sebuah rumah mini yang minimal dan kemas. “I love not having a TV. I had the option to have a TV, but I really like waking up in the morning and hearing the birds outside my window,” tambah Jessie.

Artikel asal: Thisisinsider.com

Prev1 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness