Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

October Beauty Babies

Industri kecantikan telah ‘melahirkan’ generasi terkini produk…tanpa contraction dan tak perlu epidural! Kamu siap cash saja…

Dua wangian designer baru…

Satu dengan nota tengah bunga oriental dan adunan koko panggang, pic madu dan freesia – Boss The Scent for Her EDP 50ml, RM311, atau sesuatu yang lebih segar dengan halia sebagai nota pembuka, diikuti mawar dan jasmin serta cendana di dalam Jimmy Choo Illicit EDP 60ml, RM365? Cosmo rasa dua-dua pun seksi…

Party liners

Hujung tahun biasanya kamu akan lihat warna-warna lebih metalik, lebih memancar! Bobbi Brown Long-Wear Liquid Liner adalah celak dengan impak tinggi dengan efek chrome. Garisannya akan memberi kilauan multi-dimensi bial terkan cahaya. Yang penting, ia tahan lama dari siang ke malam, matahri terbit hingga terbenam. RM130 setiap satu, dengan lima warna semuanya.

Pink!

Ini kan bulan Oktober – Bulan Kesedaran Kanser Payudara, jadi kamu akan melihat more pinks berbanding bulan-bulan lain. Salah satunya adalah GHD Paltinum Electric Pink Styler & Roll Bag edisi terhad, RM1210. Alat dandanan yang terbukti secara saintifik lebih selamat untuk rambut ini akan memberi hasil rambut lebih sihat dan bersinar bila kamu gunakannya.

Makeup Mewah

Ia sangat creamy dan lembut, kamu tak akan rasa seperti kamu sedang memakai bedak asas tetapi seperti produk perawatan kulit! Chanel Sublimage Le Teint, RM450, adalah bedak asas dengan penghidratan berpanjangan (12 jam lamanya) untuk kulit yang kelihatan sempurna dan glowing! Pedap sedikit pada kulit dengan spatula dan adun dengan berus yang disediakan.

Essence kegemaran kamu…

Hadir dalam tiga ‘wajah’ baru edisi terhad, SKII Facial Treatment Essence ini mendapat inspirasi daripada corak tradisional Jepun ‘Suminagashi’ yang bermaksud ‘floating ink‘ dalam bahasa Jepun. Merah, biru atau hijau, kamu yang memang pengguna tegar FTE ini pasti tak mahu ketinggalan mendapatkan set-set istimewa dengan botol cantik ini. (Harga berbeza mengikut set).

More for your lips….

Balm tapi dengan impak warna? Ada… Shu Uemura Tint in Balm adalah produk baru daripada jenama itu untuk bulan ini yang akan menjaga bibirmu dan mewarnainya dengan pilihan 9 warna cantik! Jadi kamu yang nak take a break daripada gincu matte kering, inilah gantinya. Hanya RM105 setiap satu.

 

 

Persembahan buat Ikon

Bulan ini, M.A.C tampilkan koleksi edisi terhad Selena, sempena mendiang penyanyi Latin legenda itu. Let’s Keep That Rhythm Alive! 

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru