Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Happiest Country in the World

Norway Dinobat Sebagai Negara Paling Happy Di Dunia

Laporan terbaru menunjukkan Norway negara paling gembira di dunia dan Amerika Syarikat negara paling sedih. Nampaknya, duit dan kekayaan tidak menjamin kebahagiaan. Betul tak?

Happiest Country in the World

Norway mendaki tangga teratas dalam laporan World Happiness, walaupun mengalami masalah harga minyak yang merupakan salah satu sumber ekonomi negara. Jumlah pendapatan di Amerika Syarikat meningkat setiap tahun, tetapi laporan menunjukkan untuk kategori ‘happiness’ menurun mendadak.

Happiest Country in the World

Untuk kedudukan sebagai negara paling gembira, Amerika Syarikat berada jauh di tangga ke-14, United Kingdom di tangga ke-19 dan Perancis di tangga ke-31, terlalu jauh dalam kategori negara gembira. Bagaimana dengan Malaysia? Kita berada dikedudukan ke- 42.

Happiest Country in the World

Malaysia menduduki tangga ke-42 negara paling gembira di dunia. Not bad? Foto:123rf.com

Malaysia bagaimanapun lebih gembira daripada negara Asia lain seperti Jepun (51), Korea Selatan (56), Philippines (72), China (79) dan Indonesia (81). Sebanyak 155 negara seluruh dunia disaring dalam laporan ini yang dikeluarkan setiap tahun.

Happiest Country in the World

Norway melonjak ke tangga pertama tahun ini berbanding tahun lepas ditangga ke-4 selepas diambil kira daripada segi ekonomi dan kesihatan. Negara yang mempunyai pergolakkan politik , kebanyakan penduduknya mengalami masalah emosi dan kesihatan.

Dalam pada itu, Malaysia bagaimanapun naik lima anak tangga berbanding tahun 2016, iaitu di tangga ke-47. Berikut adalah senarai negara yang menduduki carta Top 10 dalam senarai negara paling gembira di dunia.

1. Norway
2. Denmark
3. Iceland
4. Switzerland
5. Finland
6. Netherlands
7. Kanada
8. New Zealand
9. Australia
10. Sweden

Artikel asal/Foto: Cosmopolitan.com

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness