No Way! Danielle Bregoli Simbah Minuman Pada Iggy Azalea
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

No Way! Danielle Bregoli Simbah Minuman Pada Iggy Azalea

Are you ready for a tea party? Cosmo baru saja terima video pergaduhan di antara rapper, Iggy Azalea dan Instafamous paling kontroversi, Danielle Bregoli aka Bhad Bhabie. Cash me outside, how bout dah?

Semua orang tahu Danielle, 15,  memang liar dan sering mencetuskan pergaduhan walaupun usianya masih muda. Mula dikenali selepas ditemu bual dalam rancangan Dr. Phil, Danielle tidak henti-henti menerima perhatian media. Gadis yang berasal dari Florida dan memiliki lebih 15 juta pengikut di Instagram itu kini bergelar rapper dan meraih pendapatan yang tinggi.

Okay now, what's up with Iggy? Apa yang menyebabkan Danielle menyimbah minuman ke wajah rapper itu? Iggy dan Danielle menghadiri parti pelancaran jenama Fashion Nova X Cardi B. Tetapi ketika Iggy sedang menari bersama rakan-rakannya, Danielle berlari dan terus menyimbah minuman. Iggy bagaimanapun tidak melakukan apa-apa dan pengurus peribadi Danielle meleraikan pergaduhan tersebut. Menerusi twitter, Iggy memberikan kenyataan yang dia tidak akan bergaduh dengan kanak-kanak.

"Imagine me scrambling around on the floor in a dirty night club trying to hit a teenage girl. Girl. NO. I’m grown and will simply have you REMOVED and continue enjoying myself. 🙄#YouNotSpecial Anything else from her mouth is ignored - it’s too preschool for me". 

Sementara itu, Danielle di Insta-story berkata Iggy sudah tidak relevan dalam industri muzik. "Don’t talk s**t on the internet Iggy u a b***h just mad at 15 year old outsold your a**. U Certainly Ain't Making No Money From Music Anymore". Menurut sumber, Danielle berang apabila Iggy mengeluarkan kenyataan yang tidak ada siapa yang akan hadir ke persembahan Danielle.

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness