Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Nikmati Total-Body Sex Malam Ini

Nikmati Total-Body Sex Malam Ini

Betul kata John Mayer, your body is a wonderland…of climactic possibilities! Ia mempunyai banyak saraf berbeza di mana bila bersentuhan boleh menghantar isyarat kepada otak dan buat kamu terangsang. Di kala kamu sudah berada dalam mood seksi, beberapa sentuhan di hot spot tubuh sudah cukup untuk bawa kamu dan suami ke pelayaran paling mengasyikkan. Jadikan ini sebagai panduan untuk terokai zon-O kamu…

Nikmati Total-Body Sex Malam Ini

Foto: Shutterstock.com

 

KAKI

It’s not everyone’s thing, tapi urutan kaki atau light toe sucking boleh beri isyarat kepada otak untuk merangsang bahagian intim. Jika kamu tidak pernah mencubanya, minta suami urut tapak kaki kamu terlebih dahulu dan lihat jika kamu boleh menerimanya atau tidak.

 

PELIPAT KAKI

Bahagian yang sering diabaikan, pelipat kaki kamu juga sebenarnya dambakan cumbuan lembut atau sentuhan daripada suami kamu. Tapi ingat! Ia juga merupakan bahagian mudah geli. So watch out for knee jerks!

 

NIPPLES

Bila disentuh secara lembut, puting akan terangsang dan menghantar isyarat kepada otak. Bermain dengan ‘kembarmu’ juga boleh menyebabkan kontraksi uterus yang membantu kamu mencapai klimaks.

 

JARI-JEMARI

Ia boleh berikan banyak kelebihan jika suamimu gently suck on them. Jari-jemari juga sebenarnya padat dengan saraf deria yang boleh tingkatkan lagi intimasi di antara kamu dan suami.

 

LEHER

Dalam satu kajian, wanita mengakui mereka lebih mudah terangsang bila disentuh di bahagian leher berbanding payudara. Minta suami sentuh leher kamu menggunakan jarinya dan selitkan ciuman serta gigitan.

 

BIBIR

Ia antara spot sensitif dan padat dengan saraf deria. Pelbagaikan teknik ciuman kamu daripada quick pecks kepada French kiss untuk tingkatkan keterujaan.

 

TELINGA

Bahagian luar telinga bila disentuh boleh menyebabkan kamu terasa geli. Minta suami perlahan-lahan cium dan gigitnya untuk naikkan deria seksualmu.

 

MINDA

Berfantasi ketika ‘bersama’ boleh aktifkan sel-sel otak dan berikan isyarat untuk klimaks. Dek kerana itulah pakar menggelar minda sebagai organ seks terbesar dan kerana minda jugalah 37 peratus wanita boleh mencapai kenikmatan walaupun ketika tidur!

 

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert