Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Nikmati Makanan Laut Di Shell Out

Pastinya kamu  mengenali restoran ini… Shell Out hanya menghidangkan makanan laut dan menjanjikan rasa yang segar serta enak!

 

Setiap makanan laut di sini di masak dengan lima jenis lauk yang boleh kamu pilih iaitu curry-curry, garlic butter, lemon pepper, shell bang dan black pepper – semuanya sedap! Perasa garlic butter adalah kombinasi bawang putih dan mentega yang mencipta rasa lemak ketika kamu menikmati seafood. Lemon pepper pula adalah gabungan rasa masam manis. Gabungan garlic butter dan lemon pepper menghasilkan perasa untuk shell bang. Jika kamu suka rasa lada hitam, sebaiknya pesan terus black pepper untuk dimasak dengan seafood pilihan.

Kamu juga digalakkan memilih tahap kepedasan, siapa yang tak gemar masakan pedas boleh cuba yang mild saja. Tapi jika suka pedas dan rasa muak jika hidangan kamu tak cukup pedas, pilih tahap kepedasan OMG! Tak lengkap jika hidangan tanpa sayur-sayuran, kamu boleh jenis sayur sebagai pelengkap hidangan. Antara jenis sayur yang disediakan brokoli, jagung dan kentang.

Terdapat lima set combo, ia bergantung pada berapa ramai teman atau keluarga yang kamu ajak bersama. Jika kamu makan bersama si dia, Cosmo galakkan kamu pesan Combo A atau Combo B. Tapi, jika kamu pergi bersama keluarga atau teman, pilih Combo C, D atau E. Harganya cukup berpatutan.

 

Terdapat lima cawangan Shell Out di Lembah Klang untuk kamu kunjungi.

Kota Damansara:
Alamat: 16-1 Jalan Pju 5/15, Dataran Sunway Damansara,  Petaling Jaya.

Setia Alam:

Alamat: No.11, Jalan Setia Dagang, U13/AK, Setia Alam, Shah Alam, Malaysia.

G-Village:
Alamat : Lot G-12, Ground Floor Pusat Perniagaan G, No. 35, Jalan Desa Pandan, Desa Pandan,  Kuala Lumpur, Malaysia.

Publika:
Alamat: A2-G2-1, Solaris Dutamas, No.1, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur.

Ayer 8:
A: C1-G-3A, Ayer @ 8 , Jalan P8G Presint 8, Putrajaya.

Waktu operasi: 11.30am-10.00pm, dibuka setiap hari.

Foto: Shell Out

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist