Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Nikmati Keindahan Alam Semula Jadi Di Tiga Negara Ini

Tinggalkan seketika aktiviti harian kamu yang sibuk dan rancang percutian menikmati alam semula jadi dengan memilih salah satu lokasi pilihan Cosmo ini. Memang happening!

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pemandangan Hebat di Guilin, China

Lokasi dengan pemandangan hebat yang tidak kamu dapati di tempat lain. Ini antara aktiviti yang kamu boleh lakukan bila ke sana.

Berakit di Li River

Sungai sepanjang 80 kilometer ini punya pemandangan cukup indah yang tidak dapat kamu lupakan. Menyusuri sungai ini dengan menaiki rakit buluh sambil berehat di atas kerusi yang disediakan memang mengasyikkan. Sepanjang perjalanan kamu berkesempatan melihat nelayan yang menangkap ikan dan kampung yang berdekatan sungai.

Keunikan Reed Flute Cave

Terletak di Guangming Hill, panjang gua ini ialah 240 meter dengan keunikan pelbagai bentuk stalagmit dan stalaktit di dalamnya. Lebih menarik bila ia disimbah dengan cahaya berwarna-warni dari lampu menonjolkan lagi keunikan bentuknya. Ia dibuka dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

Bak Negara Berbeza

Negara empat musim ini punya pemandangan menarik yang berbeza-beza mengikut musimnya. Musim luruh cuacanya cerah, dihiasi dengan bunga yang berwarna-warni dan gunung yang menghijau. Musim panas, hujan sering turun. Kamu boleh nikmati pemandangan dengan kabus di gunung-ganang. Musim luruh, masa sesuai untuk dapatkan gambar pantulan gunung di sungai. Musim sejuk, kamu dapat nikmati udara diselimuti haruman bunga-bungaan.

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor