Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Nikmati Keindahan Alam Semula Jadi Di Tiga Negara Ini

Tinggalkan seketika aktiviti harian kamu yang sibuk dan rancang percutian menikmati alam semula jadi dengan memilih salah satu lokasi pilihan Cosmo ini. Memang happening!

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

The Laid Back Beach, Thailand

Selatan Thailand terutamanya Phuket mempunyai banyak pantai dan pulau yang cantik untuk dilawati. Cosmo cadangkan tiga aktiviti ini untuk kamu lakukan bila berkunjung ke sini.

Keindahan Pantai Railay

Selain dari pulau Phi Phi yang terkenal, kunjungi pantai ini untuk menenangkan jiwa dan nikmati keindahan pemandangannya. Tersenarai sebagai salah satu pantai tercantik di dunia, kamu juga boleh lakukan pelbagai aktiviti seperti rock climbing, sunset cruise, sea kayaking dan banyak lagi.

Emerald Pool

Terletak lebih 50 kilometer dari pantai Ao Nang, airnya yang biru dan bersih pastinya seakan memanggil-manggil kamu untuk berendam di dalamnya. Tip: Satu, sewa motosikal dan tunggang ke sana. Kedua, datang awal untuk elak pengunjung terlalu ramai. Jangan tersilap pula dengan Blue Pool. Psst, Blue Pool sangat cantik untuk tangkap gambar, tapi kamu tidak dibenarkan berenang di dalamnya ya!

Dekati Alam Semula Jadi

Phang Nga Nature Tour menyediakan pakej lengkap untuk kamu dekati dirimu dengan alam semula jadi. Kamu berpeluang menunggang gajah di trek, memandikan gajah di sungai, bamboo rafting dan lain-lagi. Memang pengalaman berharga yang sukar kamu dapati di tempat lain!            

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor