Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Nikmati Keindahan Alam Semula Jadi Di Tiga Negara Ini

Tinggalkan seketika aktiviti harian kamu yang sibuk dan rancang percutian menikmati alam semula jadi dengan memilih salah satu lokasi pilihan Cosmo ini. Memang happening!

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

City Scene Seoul, Korea

Tersenarai sebagai salah satu bandar terbaik di Asia, Seoul ialah ibu kota Korea yang ada pelbagai tempat menarik untuk kamu lawati.

Beli-belah di Myeong-Dong

Lokasi tumpuan membeli-belah di Seoul. Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual di sini. Dari yang berjenama hinggalah ke gaya jalanan. Lokasinya tidaklah sebesar mana, tapi cukup lengkap untuk kamu dapatkan barang keperluan di sini. Ada juga restoran, kafe, butik kecantikan dan lain-lain.

Bermalam di Hanok Stay

Pengalaman berbeza dari mana-mana hotel mewah. Di sini kamu dapat rasa bagaimana pengalaman tinggal di rumah tradisional Korea. Rumah yang sedia ada di sini berusia berdekad lamanya. Layari www.hanokstay.or.kr untuk buat tempahan.

Seni Jalanan di Hongdae

Semuanya tentang seni ada di sini. Lukisan di dinding cukup menarik untuk kamu lihat dan simpan gambar kenangan bersama. Selain itu kamu juga boleh berhibur dengan persembahan jalanan dari pelajar-pelajar di universiti berdekatan. Waktu sesuai ke sini adalah petang Rabu kerana kamu dapat beli hasil kerja kraftangan juga dijual oleh pelajar-pelajar universiti berdekatan.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor