Nicki Minaj Sudah Bersedia Untuk Berkahwin Dengan Teman Lelaki 'Kontroversi' - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Nicki Minaj Sudah Bersedia Untuk Berkahwin Dengan Teman Lelaki ‘Kontroversi’

Hubungan Nicki Minaj bersama teman lelakinya, Kenneth Petty rupa-rupanya lebih serius daripada apa yang disangkakan, menurut laporan TMZ. Sumber terdekat berkata bahawa Nicki telah pun berfikir untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak bersama Kenneth.
Sebelum ini, Kenneth pernah dimasukkan ke penjara atas kesalahan cubaan merogol. Dia berumur 16 tahun ketika itu, sama seperti wanita yang menjadi mangsanya. Selepas itu, dia sekali lagi dimasukkan ke penjara di atas kesalahan first-degree manslaughter.
Selepas berita tersebut tersebar, Nicki mempertahankan teman lelakinya di Instagram. “He was 15, she was 16 … in a relationship. But go awf, internet. y’all can’t run my life. Y’all can’t even run y’all own life. Thank you boo,” tulisnya.

Berdasarkan laporan TMZ, walaupun mereka baru bersama beberapa bulan, Nicki percaya Kenneth adalah lelaki yang baik dan tuduhan merogol tersebut tidak benar. Rupa-rupanya Nicki dan Kenneth pernah bercinta sebelum ini dan Nicki gembira dapat bersama dengannya semula.

Okeylah kalau macam tu!

Artikel asal: Emma Baty (Cosmopolitan.com)

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker