Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cuba Kopi Terbaik Ini Bila Berkunjung Ke The Gardens Mall

Nespresso Malaysia telah melancarkan butik pertamanya di The Gardens Mall, Mid Valley City pada 28 Jun lalu. Dengan pelancaran butik ini, ia sekali gus memudahkan penggemar kopi untuk merasai pengalaman menikmati kopi berkualiti tinggi daripada Nespresso.

Butik Nespresso ini memberi peluang kepada penggemar kopi untuk melihat proses membancuh kopi menggunakan mesin terkini dalam masa yang sama mempelajari pengetahuan mengenai kopi dengan lebih mendalam. Butik pertama Nespresso telah dilancarkan di Cannes, Perancis awal tahun ini dan kini diperluaskan di seluruh negara.

Cosmo sukakan rekaan dalaman butik Nespresso ini yang unik, moden, mesra alam dan berkelas antarabangsa. Malah kamu juga disambut oleh pekerja disana dan mereka akan membantu kamu mengeksplorasi pelbagai jenis aroma dan perasa kopi, sambil memberikan demonstrasi menggunakan mesin kopi di sana.

Menariknya, ruang dalaman butik ini direka dengan teliti sebagai menyokong pemeliharaan alam sekitar. Sebagai contoh, rekaan menggunakan palet warna coklat kopi krim keemasan, jubin lantai dan lampu yang diinspirasikan daripada ladang kopi yang mengingatkan kamu dengan fizikal dan aroma kopi sebenar.

Butik ini juga menyediakan ruang tumbuhan hijau yang ditanam dengan pokok kopi, tumbuhan dan pokok renek yang membuatkan kamu seolah-olah berada di ladang kopi. Ini semua adalah sebahagian daripada program Nespresso AAA Sustainable Quality™ Programme.

Kamu juga boleh mencuba empat jenis minuman Nespresso yang diinspirasikan daripada minuman Malaysia iaitu Caramelito Ice Caffeinated Soya Cincau, Indriya Ice Asam Boi, Livanto Ice Twisted Cendol Melaka dan Rosabaya Bandung Rose Latte.

Sementara itu, menurut Nespresso Head of Asia, Renaud Tinel, butik Nespresso ini adalah salah satu langkah meraikan kopi dan penggemar tegar minuman itu. "Pengunjung butik digalakkan mencuba ritual pengalaman merasai kopi di ruang butik dan bar yang disediakan," katanya.

Kamu kini boleh mengunjungi butik Nespresso Malaysia yang telah dibuka kepada awam sejak 26 Mei lalu di The Gardens Mall yang dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.

2 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness