Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
forbes neelofa vivy yusof

Neelofa Dan Vivy Yusof Tersenarai Antara Usahawan Muda Berjaya Di Asia

Tepat sekali jangkaan Cosmo sebelum ini yang meletakkan Neelofa dan Vivy sebagai Selebriti wanita paling berpengaruh di Malaysia! Menurut laporan Forbes, mereka antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

Neelofa 

Pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, Neelofa, 28, mula mengenakan hijab sekitar tahun 2014 dan kemudian mencuba nasib dalam bidang fesyen hijab – Nealofar Hijab. Percubaan Neelofa sangat tepat dalam pasaran ketika itu dimana menurut laporan Reuters, pengguna Muslim seluruh dunia membelanjakan lebih 266 bilion dolar untuk pakaian dan kasut pada tahun 2013-2014.

Senarai Forbes ini menyaksikan Neelofa diiktiraf sebagai usahawan dan penginovasi muda berjaya, berusia di bawah 30 tahun di seluruh Asia. Kejayaan Neelofa juga datang daripada usaha kerasnya termasuk sokongan hebat peminat. Memiliki jutaan pengikut di Instagram, Neelofa sememangnya mempunyai pengaruh yang kuat dalam dunia fesyen dan hiburan Malaysia.

“Saya mahu menjadikan kejayaan saya sebagai inspirasi kepada golongan wanita, bukan sahaja untuk berjaya dalam bidang yang diceburi, tetapi juga untuk sentiasa yakin dengan diri. Mereka perlu kuat dan tidak semestinya perlu bergantung kepada lelaki (untuk berjaya)”. Nealofar Hijab kini telah dipasarkan di 38 buah negara termasuk satu lokasi yang baru dilancarkan di London.

Vivy Yusof

Pengasas bersama rangkaian fesyen dalam talian – FashionValet, Vivy yang berusia 29 tahun dilihat sebagai antara ikon fesyen dan perniagaan E-Commerce di Malaysia. Bermula dengan impian, kini FashionValet memiliki lebih 30 kakitangan dan menampilkan lebih 400 jenama seluruh Asia, ia juga memasarkan pakaian hingga ke Indonesia, United Kingdom, Brunei dan Australia.

Vivy adalah antara contoh terbaik untuk usahawan muda terutamanya wanita yang berani mencuba sesuatu yang baru. Selain Vivy dan Neelofa, turut tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 ialah supermodel dari China dan juga model Victoria’s Secret – Liu Wen, Suboi (Vietnam, artis Hip Hop). Manakala penyanyi popular Lorde dari New Zealand dan pelakon Margot Robbie dari Australia juga tersenarai. Just in case you don’t know, Australia dan New Zealand adalah negara Asia Pasifik.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness