Nasihat Terbaik Rihanna Untuk Move On Daripada Bekas Kekasih
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Nasihat Terbaik Rihanna Untuk Move On Daripada Bekas Kekasih

Seorang peminat bertuah telah berjaya mendapatkan nasihat daripada penyanyi popular ini.

 

Foto: Instagram/badgalriri

Seperti yang kita tahu Rihanna dengan berani pernah bagi tahu ke Drake dan semua bekas teman lelakinya secara publik yang “it was you, not me”. Baru-baru ini Rihanna telah dilihat berkongsi nasihat cinta ke salah satu peminatnya yang heartbroken di Twitter.

Peminat itu telah Dmed Rihanna tentang bagaimana nak lupakan pasangan kalau dah putus cinta. Rihanna telah memberi respon yang sangat optimis seperti mana kawan patut menasihati kita.

Tidak pasti nasihat ini ditujukan buat Chris Brown ataupun Drake (Cosmo syak ia adalah Drake), tetapi Rihanna dilihat begitu mudah move on dengan perpisahan itu. Walaupun punca keretakan hubungannya dengan Drake dilaporkan kerana Drake sendiri telah di friend-zoned kan oleh Riri.

Drake kemudian meninggalkan Rihanna dan mula berpacaran dengan penyanyi bertubuh matap, Jennifer Lopez. Selepas mengetahui berita tersebut, Riri kemudian berhenti mengikuti Drake dan Jlo di Instagram. Drama sangat! Manakala Rihanna kini dilaporkan bercinta dengan pewaris syarikat kereta Toyota dan juga businessman dari Arab Saudi, Hassan Jameel.

Apa-apa pun, nasihat percintaan Rihanna buat peminatnya itu sangat berguna dan memberi inspirasi kepada mereka yang heart broken selepas putus cinta.

Artikel asal: Alyssa Bailey (Cosmo – US)

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor