Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Nasihat Bijak Untuk Tangani 3 Situasi Rumit Di Tempat Kerja

Cosmo berkongsi cara untuk kamu berdepan dengan senario kerja yang biasa berlaku di pejabat.

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Bagaimana nak minta gaji yang tinggi ketika sesi temu duga?

Sebelum temu duga, buat kajian gaji semasa sama ada dengan bertanya kawan dalam industri yang sama atau semak tangga gaji di internet agar kamu tahu apa yang berpatutan. Jika tawaran gaji lebih rendah, katakan, “Saya berharap gaji ditawarkan lebih kurang RMX.” Walaupun gaji yang kamu mahu itu tinggi, kamu tak rugi apa-apa dengan cuba berunding. Percayalah, mereka takkan tarik balik tawaran tersebut semata-mata kamu minta gaji lebih tinggi. Paling teruk pun mereka akan kata “tidak”. Jadi minta saja! Katakan begini, “Saya akan berikan sepenuh dedikasi untuk kerja ini. Bagaimana dengan RMY?”

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor