Naraka Taruhan Terbaru Pitahati - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Naraka Taruhan Terbaru Pitahati

Band Pitahati kini kembali dari ‘makmal’ dengan merealisasikan single baru berjudul Naraka. Lagu ini telah diangkat menjadi lagu tema buat siri Viu Original berjudul Jibril.

Jibril, drama bersiri bertemakan penyiasatan ini dibintangi oleh Aeril Zafril, Lisa Surihani, Tony Eusoff, Sangeeta Krishnasamy, Rusdi Ramli dan ramai lagi mendapat respons yang bagus dari para penonton sewaktu ditayangkan di NTV7 dan TV3.

Lagu Naraka gabungan nuansa muzik 70-an, 80-an serta moden ini sarat dengan mesej tersirat yang menjadi inti pati dan jiwa siri drama tersebut. Jibril kini boleh ditonton online melalui aplikasi dan laman web Viu.

Pitahati yang dibarisi vokalis Ilham, gitaris Zahar, pemain dram Yasin, pemain bass Masrin dan gitaris Hidayat sebelumnya menghasilkan lagu lagu seperti Bintang Biru Kristal Salju dan Melayar pernah mencipta skor untuk filem Terbaik Dari Langit dengan lagu temanya Sahabat yang tercalon di Festival Filem Malaysia yang ke 26 untuk Skor Musik Terbaik dan Lagu Tema Terbaik. 

Band ini sedang dalam siri tour semenanjung Malaysia bermula hujung tahun lalu hingga tahun ini menerima sambutan yang baik dari peminat di semua lokasi persinggahan.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist