Nap-ercise Lebih Baik Daripada Senaman Keluarkan Peluh?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Nap-ercise Lebih Baik Daripada Senaman Keluarkan Peluh?

Terdapat gym menyediakan kelas Nap-ercise, iaitu senaman 45 minit waktu tidur. Sangat menakjubkan!

Untuk sesetengah individu, idea 45 minit diambil untuk tidur sekejap itu kedengaran sangat berkesan daripada melakukan aktiviti berpeluh di gim (tempoh yang sama). Fitness center di UK, David Lloyd Club telah mencipta class workout sempurna bagi kamu yang mahu dapat tidur secukupnya (berbanding membakar kalori).

Dubbed Nap-ercise ini adalah kelas yang melakukan regangan selama 15 minit dan diikuti 45 minit hardcore napping, siap dengan katil, selimut dan eye mask. Untuk mood sesuai, dikatakan kamar tersebut diletakkan dengan ideal temperature.

Kelas seperti itu memang macam sukar dipercayai, namun kajian mendapati manfaat midday nap itu lebih besar. Kamu akan mendapat rehat secukupnya, kurang tekanan dan lebih tumpuan dan ia sebenarnya menyeimbangkan kehidupan.

“Kehidupan moden hari ini, membuatkan kamu jarang mendapat tidur secukupnya. Bagi ibu bapa, bertuahlah dapat menikmati malam dengan tidur secukupnya,” David Lloyd Clubs menulis dalam laman webnya. “Jadi kami mencipta kelas kumpulan baru, kumpulan kelas napping untuk ibu dan ayah yang kepenatan. Kami membantu menyemarakkan mental dan fizikal mereka.”

“Studio tidur tengah hari kami berlangsung 45 minit dan direka untuk cergaskan semula fikiran, tubuh malah membakar kalori,” tambahnya.

Namun, kelab fitness ini hanya terdapat di satu lokasi sahaja, namun semakin mendapat sambutan, harapnya mula tersebar di seluruh UK malah serata dunia.

Setakat ini, kita semua hanya melakukan midday nap-ercising ini hanya di rumah sahaja.

Artikel Asal: Gina Mei

Sumber: Cosmopolitan US