Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Nampak Serupa? Salah Satu Salad Ini Mempunyai Dua Kali Ganda Kalori

Buat kamu yang sedang menjaga pemakanan, ini yang perlu kamu tahu tentang jumlah kalori yang diambil.

 

 

Kamu hanya makan salad untuk makan malam dan keesokan paginya kamu rasa badan sihat dan glowing. So sorry to tell you this but, tak semua salad yang kamu makan mempunyai jumlah kalori yang sama. Pakar diet dari Australia, Paula Norris memberitahu walaupun makan tersebut nampak sihat, tidak bermakna jumlah kalorinya rendah.

Paula telah membezakan kalori setiap salad melalui foto di Instagramnya baru-baru ini. Gambar salad yang pertama mempunyai sebanyak 535 kalori dan yang kedua mempunyai sebanyak 995 kalori. Bagaimana boleh ada perbezaan yang ketara walaupun makanan yang sama?

 

SNEAKY ‘SALADS’ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Unfortunately calorie heavy dressings, too much grain and not enough veg can result in a ‘salad’ with calories closer to that of a risotto. Here’s how easily it can happen, even with ‘salads’ of similar bulk… ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ 🔸On the left • 1 cup cooked Pearl Barley • 70g Haloumi • 1/3 Zucchini • 2 florets Broccoli • 1/4 Capsicum • 50g Eggplant • 3 Cherry Tomatoes • 200g Poached Chicken • 1/2 cup herbs • Dressing of 2tsp EVOO and 2tsp Balsamic Vinegar ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ 🔹On the right • 1/2 cup cooked Pearl Barley • 35g Haloumi • 2/3 Zucchini • 5 florets Broccoli • 1/2 Capsicum • 100g Eggplant • 5 Cherry Tomatoes • 100g Poached Chicken • 1/2 cup herbs • Dressing of 2 tsp Balsamic Vinegar and 2tsp seeded mustard ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀

A post shared by Paula Norris, Dietitian 🇦🇺 (@movingdietitian) on

 

Paula menjelaskan penyebab berlakunya terlebih kalori adalah sos yang dimakan bersama salad, terlalu banyak bijian dan tak cukup sayur-sayuran.

Gambar di sebelah kiri menunjukkan versi salad kurang sihat, bahan-bahannya adalah:

  • 1 cawan barli yang telah dimasak
  • 70g keju halloumi
  • 1/3 zukini
  • 2 brokoli
  • 1/4 lada bengala
  • 50g terung
  • 3 biji tomato ceri
  • 200g ayam yang telah direbus
  • 1/2 cawan herba
  • 2 sudu kecil sos EVOO (extra virgin olive oil) dan 2 sudu kecil cuka balsamic

 

Gambar di sebelah kanan menunjukkan versi salad yang mempunyai kalori lebih rendah:

  • 1/2 cawan barli yang telah dimasak
  • 35g keju halloumi
  • 2/3 zukini
  • 5 brokoli
  • 1/2 lada bengala
  • 100g terung
  • 5 biji tomato ceri
  • 100g ayam yang telah direbus
  • 1/2 cawan herba
  • 2 sudu kecil cuka balsamic dan 2 sudu kecil seeded mustard

 

Memang perbezaan antara dua versi salad ini sangat sikit tetapi boleh dilihat dengan jelas jika dikira kalorinya. Hidangan salad di sebelah kiri lebih dua kali ganda kalorinya daripada hidangan salad di sebelah kanan walaupun saiz hidangannya sama.

Bukan hidangan ini saja yang Paula telah kongsikan di Instagram, malah banyak lagi perbandingan kalori dalam hidangan yang lebih kurang sama:

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor