NALS Malaysia - Suara Anak Muda - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

NALS Malaysia – Suara Anak Muda

Persidangan Kepimpinan dan Aspirasi Nasional atau lebih dikenali sebagai NALS (National Aspiration and Leadership Summit) 2017 telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

NALS 2017 berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican.  Dengan bertemakan ‘Youth Awakens: The Power of Millennials’, persidangan ini berjaya menghimpunkan kira-kira 2,700 mahasiswa dari dalam dan luar negara seluruh dunia yang merupakan jumlah terbesar pada tahun ini. Mahasiswa dan siswi dibahagikan mengikut kluster yang telah diberikan ketika pendaftaran. NALS 2017 mempunyai sembilan kluster dan setiap kluster membincangkan topik-topik tersendiri yang menarik. Antara topik yang dibincangkan mengikut kluster ialah:

Sesi Pagi:

  1. Kluster A: The potential of ASEAN Community
  2. Kluster B: Youth Involvement in National Affairs
  3. Kluster C: Revolutionary Role of Social Media in Shaping the Society
  4. Kluster D: Importance of Interfaith Dialogue in Malaysia

Sesi Petang:

  1. Kluster E: Entrepreneurship Among Youths: Kicking Start
  2. Kluster F: Activism and Volunteerism: Building Character or Just Filling in Resume?
  3. Kluster G: Question to Ponder upon: What Does It Mean to be a ‘Proud’ Malaysian?
  4. Kluster H: Revisiting the Economic Policies: Past, Present, and Future
  5. Kluster I: Road to Financial Stability: Your Money or Your Life

 

Setiap kluster telah disampaikan oleh para speaker jemputan yang bukan calang-calang orang. Antara speaker jemputan yang hadir ialah Shahril Hamdan, ahli jawatankuasa eksekutif Pergerakan Pemuda UMNO, Syed Nabil Aljeffri, Setiausaha Agung Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC), Redza Minhat, Syed Azmi dan ramai lagi yang merupakan pemimpin negara, tokoh masyarakat, tokoh agama, CEO syarikat serta personaliti-personaliti yang terkemuka. Para peserta mengambil baik peluang ini untuk berinteraksi, berbincang dan berkongsi idea dengan mereka.

Foto: NALS Malaysia. 

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist