Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Nak Sindir Pasangan? Ini Cara Yang Betul

Dulu, Kourtney Kardashian selalu cakap lepas pada Scott Disick, dan ada kalanya agak over. Apakah waktu sesuai untuk sindir si dia dengan ayat pedas?

https://az616578.vo.msecnd.net/files/2016/12/03/636163404667524586589928051_sckot.jpg

Kalau kamu biasa layan Keeping Up With the Kardashians, ada kala terasa ayat yang keluar daripada mulut wanita keluarga terkenal itu agak “biar benar?!” Ayat yang boleh dikategorikan ‘kesat’ walaupun mereka mungkin bergurau saja. Tapi membuatkan Cosmo terfikir, bilakah ayat gurauan pedas sebegini sampai ke tahap melampau. Pakar memberitahu perkara mengejutkan, contohnya, dalam situasi tertentu ia boleh merapatkan perhubungan. Di sini ada panduan untuk kamu gunakannya dengan betul.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

USIKAN BAIK

Ada detik ideal untuk memulakan usikan manja yang akan buat kalian lebih rapat. Peraturannya: Lakukan bila si dia sedang tertekan atau keadaan merimaskan. Kuncinya adalah menggambarkan keseronokan dalam situasi itu, bukan mensasarkan padanya, dan tambah sedikit flirtatiousness pada komen kamu.

SITUASI 1: Dia berjumpa ibumu buat pertama kali.

KATAKAN: “Jangan bimbang, dia dah periksa akaun Facebook you dan pernah cakap you mesti jenis pengemas sebab ternampak gambar you di rumah.”

SITUASI 2: Kamu dan suami tersangkut dalam kesesakan lalu lintas teruk.

KATAKAN: “Menyampahlah banyak kereta macam ni… I cuma suka long rides bila di kamar dengan you.”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor