Ariana Grande Perjelaskan Maksud Lagu Barunya, 7 Rings
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Ariana Grande Perjelaskan Maksud Lagu Barunya, 7 Rings

Mungkin Ini Sebabnya Lagu Ariana Grande, 7 Rings Tidak Digemari Ramai Peminat

Fenomena lagu dan video muzik Thank u, Next Ariana Grande tidak dapat dinafikan lagi. Lagu tersebut menjadi kegilaan seluruh dunia, ditambah lagi dengan video ikonik yang diinspirasikan daripada filem Mean Girls/Legally Blonde. Kini Ariana melancarkan lagu kedua daripada album barunya.

Image result for ariana

Lagu tersebut bertajuk 7 Rings dilancarkan pada 18 Januari lalu. Dan sudah tentu peminat tertanya-tanya apakah makna di sebalik lagu tersebut, memandangkan Thank U, Next mengandungi banyak maksud tersirat.

Salah seorang peminat di Twitter bertanya kepada Ariana mengenainya, dan dia dengan baik hatinya berkongsi kisah di sebalik lagu itu.

Daripada maklumat yang diberikan, Cosmo percaya lagu ini ditulis ketika Ariana baru saja berpisah dengan Pete Davidson. Jika kamu masih tak tahu, Ariana sebelum ini bercinta dengan Pete kemudian mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan, tetapi berpisah beberapa bulan kemudian.

“‘twas a pretty rough day in nyc”, tulis Ariana di Twitter. A rough day in NYC? Dengarnya seperti breakup blues?

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker