Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Multitasking Melemahkan Minda Dan Tubuh?

Adakah kamu dikategorikan sebagai multitasking? Setiap hari kamu membalas berpuluh-puluh e-mel, membelek laman sosial, menonton video di YouTube… Apa kesannya terhadap otak dan tubuh kamu? Sophie McBain, penulis bebas, berkongsi pengalaman.

13189471 - woman with six arms multitasking her work and daily life

Sejak berhenti kerja enam bulan lalu dan mula freelancing, barulah saya sedar betapa pentingnya bila bos memerhatikan cara kamu bekerja dan sering menjenguk skrin komputer kamu. Bila penggunaan internet saya tak dipantau seperti sekarang, prestasi kerja saya terbantut. Sekejap saya menaip e-mel kepada klien, sekejap lagi saya membelek gambar perkahwinan seorang teman lama di Facebook. Hmm…

 

Saya buka sekurang-kurangnya lima tabs di browser. Saya sering periksa telefon pintar, e-mel dan Twitter, takut kalau terlepas sesuatu yang ‘juicy’. Saya mula perasan sekarang ini susah sangat untuk saya siapkan satu artikel tapi boleh pula habiskan masa berjam-jam scrolling news di laman web dan ingat semua informasi untuk diletakkan pada Post-it note. Setiap petang bila komputer riba dimatikan, mulalah saya serba salah dan cemas kerana ‘bekerja’ kuat tapi tidak capai apa-apa hasil.

 

Saya tahu saya tidak keseorangan. Kita semua sudah menjadi a nation of compulsive phone checkers and link clickers. Secara purata, mereka yang berusia 24 hingga 35 tahun akan periksa telefon mereka 43 kali sehari. Tahap tumpuan untuk seorang pelayar internet yang tipikal adalah 15 saat. Hanya 15 saat! “Saya dah tak baca apa-apa sekarang. Saya hanya bazirkan masa berjam-jam setiap petang melihat dan bermain iPad,” teman saya mengadu apabila dia tahu saya sedang menulis topik ini. Dan dia seorang pelajar yang sangat fokus, sering berikan tumpuan dan belajar di perpustakaan ketika kami yang lain sedang lepak ataupun tidur.

 

Saya bertanya pada Professor David Meyer, ahli sains kognitif di University of Michigan, jika dia boleh terangkan beberapa kesan daripada tabiat melayari internet yang saya hadapi. “Reaksi spontan saya adalah otak dan minda kamu sedang terbakar dan hampir ‘meletup’. Tapi ia bukanlah jawapan berdasarkan saintifik,” katanya. Respons saintifik daripadanya adalah lebih mengejutkan; humans can’t multitask. Bila kita lakukan dua kerja dalam satu masa – contohnya memeriksa e-mel dan menonton TV – otak kita sebenarnya bertukar dengan pantas daripada satu kerja kepada yang lain. Ia sangat memenatkan mental dan tabiat digital yang kita semua terapkan ini sebenarnya melembapkan minda. Menurut kajian, terganggu oleh e-mel yang baru diterima menurunkan IQ sebanyak 10 mata.

 

So why we can’t resist the lure of that unread email? “Kita sudah jadi ketagih kepada stimulasi berterusan dan ia mahu kita cari benda dan informasi baru pada tahap yang lebih tinggi di mana ia melemahkan keupayaan kita untuk beri tumpuan,” kata Daniel Levitin, penulis The Organized Mind. Saya bersikap skeptikal. Selain ‘gilakan’ espresso, saya bangga kerana tiada masalah ketagihan lain. Tapi dia teruskan dengan, “Saya yakin kamu pernah alami situasi di mana kamu sedang bekerja dan bila keadaan jadi sukar, kamu fikir, ‘Saya nak berehat sebentar dan layan Facebook,’ tapi bila tersedar, sudah dua jam berlalu!” Kantoi!

 

It might feel good at times, tapi keperluan mental kamu untuk bertukar daripada satu perkara kepada yang lain menyebabkan tubuh mengeluarkan kortisol, hormon stress. Jika kamu seorang cavewoman yang sedang berdepan dengan beruang ganas, kortisol ini sangat membantu kerana ia merangsang respon tubuh kepada fighting mode. Tapi jumlah e-mel yang masuk bukanlah ‘musuh’ dan tahap kortisol akan meningkat serta memberi efek tidak sihat. Ia boleh buatkan kamu cepat marah atau ganas, menjejaskan memori, menindas sistem imun dan boleh menyebabkan berat badan kamu naik. Bukan itu saja, ia juga mengurangkan libido dan rangsangan seksual.

 

Walaupun selepas peka tentang semua ini, saya masih lagi tidak boleh ‘lepaskan’ internet. I need a tech fix for my tech problem. Fred Stutzman juga berpendapat yang sama. Dia bergelut untuk fokus semasa menulis kertas kerja PHD, memberikan dia inspirasi untuk mencipta aplikasi Freedom yang membenarkan kamu untuk matikan internet buat sementara ketika sedang bekerja. Kini saya sedang cuba pulihkan tabiat buruk terhadap dunia digital. Bila menulis, saya akan kunci masa 45 minit di mana saya hanya dibenarkan untuk menulis dan berfikir. Dan jika dulu saya gunakan dunia digital untuk berehat, kini saya akan berjalan di taman, bersenam, atau berbual dengan seseorang.

 

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness