

Cosmopolitan Malaysia
‘Bertemu’ Machu Picchu
Apabila tiba ke pintu masuk, masih tidak kelihatan runtuhan ketinggalan puak Inca itu. Setelah menunjukkan tiket dan pasport (ya, setiap pelawat kena beri pengenalan diri), kami mula berjalan mengikut lorong dan selepas lima minit, kami terpegun. Depan mata berdiri megah Machu Picchu dan dek kerana masih awal pagi, terasa bak berada di awangan kerana awan masih rendah! Memang terkedu seketika dengan pemandangan di atas. Kami berjalan mengikut tanda arah yang disediakan. Yang pasti, kamu kena bersedia untuk mendaki tangga curam di sekitar Machu Picchu. Dan seeloknya jika tidak mahu menggunakan khidmat tour guide, belilah buku rujukan atau baca dulu sejarah Machu Picchu sebelum ke sana kerana tiada signboard yang menceritakan kisah silamnya. Mengambil masa hampir empat jam untuk berjalan mengelilingi semua runtuhan silam itu, Cosmo akhiri jelajah ini dengan mendaki lorong ke The Sun Gate di mana kamu dapat melihat permandangan keseluruhan Machu Picchu. Percayalah, kamu pasti tidak akan dapat lupakan permandangan ini seumur hidup. Hujan renyai mula turun dan Cosmo membuat keputusan untuk ucapkan selamat tinggal pada kemegahan Machu Picchu. Mungkin ini satu pengalaman sekali dalam hidup, tetapi ia pastinya satu perjalanan yang harus dijelajah.
Foto: Shutterstock.com
Leave a Reply