Mulakan Tahun 2018 Dengan Percutian Hebat! - Page 2 of 3 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Mulakan Tahun 2018 Dengan Percutian Hebat!

Mungkin tidak pernah terlintas di minda kamu untuk terbang sampai ke Amerika Selatan. Tetapi jika kamu mahukan percutian berbeza dan penuh sejarah, Cosmo sarankan kamu nikmati keindahan tingalan puak Inca di Peru. Ikuti pengembaraan kami ke salah satu keajaiban dunia.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Keindahan Ollantaytambo

Setibanya di Cusco, Cosmo membuat keputusan untuk menaiki teksi dan terus menuju ke bandar lama Ollantaytambo. Perjalanan ini mengambil masa hampir dua jam, namun tidak terasa bila melihatkan kawasan pergunungan dan perkampungan yang indah. Bandar lama yang dibina lebih 500 tahun dahulu oleh puak Inca (orang asli Peru) ini kelihatan seperti sebuah set filem cowboy Hollywood! Dengan jalan yang diperbuat daripada batu dan rumah daripada tanah lumpur, ia begitu klasik sekali. Orang tempatan yang berpakaian tradisional warna-warni pasti menambat hatimu. Senyuman yang diukir bila ditegur buatkan kami terus tenang dan rasa welcomed.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist